MESSIER 14 / NGC 6402
BURUJ: OPHIUCHUS
KELAS: KLUSTER GLOBULAR
LOKASI: 17h 37m 36s / -03o 14' 45"
JARAK: 30,300 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +7.6
SAIZ: 11'.0 X 11'.0
KATEGORI: VIII
MESSIER 14 ATAU NGC6402 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (CLUSTER GLOBULAR) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 1hb JUN, 1764 DAN BELIAU TELAH MEREKODKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 14' DI DALAM 'MESSIER CATALOG' BELIAU.
KLUSTER TERSEBUT MENGANDUNGI 150,000 BIJI BINTANG-BINTANG PURATA BINTANG BERMAGNITUD +15 KE ATAS. BINTANG YANG PALING CERAH BERMAGNITUD +14. M14 / NGC6402 BERBENTUK SEDIKIT MEMANJANG DAN BUKANNYA 'BULAT'. TERDAPAT SEJUMLAH 70 BINTANG 'VARIABLE' (BERUBAH-UBAH) YANG DIKETAHUI TERDIRI DARI KATEGORI 'W VIRGINIS' IAITU DARI SUB-KELAS 'JENIS II CEPHEIDS' YANG MEMPAMERKAN TEMPOH PERUBAHAN 'SINARAN CAHAYA BINTANG' ANTARA 10 HARI HINGGA 20 HARI. BINTANG-BINTANG TERSEBUT ADALAH DALAM KELAS 'SPECTRAL F6' HINGGA 'KELAS 'SPECTRAL K2' YANG KEBIASAAN TERDAPAT DI DALAM KLUSTER GLOBULAR.
MENURUT 'THE SHAPLEY-SAWYER CLSSIFICATION CLASS', M14 / NGC6402 DI KATEGORIKAN SEBAGAI 'KELAS VIII' YANG BERMAKNA IA ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG AGAK 'LONGGOR' KEPADATAN KE ARAH 'TERAS' KLUSTER.
No comments:
Post a Comment