Sunday, February 21, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 14 / NGC6402

 MESSIER 14 / NGC 6402


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   17h 37m 36s  /  -03o 14' 45"

JARAK:   30,300 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.6

SAIZ:   11'.0  X  11'.0

KATEGORI:   VIII

MESSIER 14 ATAU NGC6402 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (CLUSTER GLOBULAR) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 1hb JUN, 1764 DAN BELIAU TELAH MEREKODKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 14' DI DALAM 'MESSIER CATALOG' BELIAU.

KLUSTER TERSEBUT MENGANDUNGI 150,000 BIJI BINTANG-BINTANG PURATA BINTANG BERMAGNITUD +15 KE ATAS. BINTANG YANG PALING CERAH BERMAGNITUD +14. M14 / NGC6402 BERBENTUK SEDIKIT MEMANJANG DAN BUKANNYA 'BULAT'. TERDAPAT SEJUMLAH 70 BINTANG 'VARIABLE' (BERUBAH-UBAH) YANG DIKETAHUI TERDIRI DARI KATEGORI 'W VIRGINIS' IAITU DARI SUB-KELAS 'JENIS II CEPHEIDS' YANG MEMPAMERKAN TEMPOH PERUBAHAN 'SINARAN CAHAYA BINTANG' ANTARA 10 HARI HINGGA 20 HARI. BINTANG-BINTANG TERSEBUT ADALAH DALAM KELAS 'SPECTRAL F6' HINGGA 'KELAS 'SPECTRAL K2' YANG KEBIASAAN TERDAPAT DI DALAM KLUSTER GLOBULAR.

MENURUT 'THE SHAPLEY-SAWYER CLSSIFICATION CLASS', M14 / NGC6402 DI KATEGORIKAN SEBAGAI 'KELAS VIII' YANG BERMAKNA IA ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG AGAK 'LONGGOR' KEPADATAN KE ARAH 'TERAS' KLUSTER.







camp.astronomy@gmail.com












Monday, February 8, 2010

MENGENALI BULAN

 MARE FRIGORIS (SEA OF COLD)

 

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)

LOKASI:   MARE FRIGORIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT DAN BARAT-DAYA. BENTUKNYA YANG MEMANJANG DARI TIMUR KE BARAT MELETAKKAN MARE FRIGORIS DI DALAM DUA SUKUAN PERMUKAAN BULAN. MARE FRIGORIS TERLETAK DI ANTARA GARISAN LINTANG 70O UTARA DAN 50O UTARA, MANAKALA DI GARISAN MENEGAK 40O TIMUR HINGGA 30O BARAT.


KELUASAN: MARE FRIGORIS YANG MEMANJANG DARI TIMUR KE BARAT MEMPUNYAI KELUASAN 436,000 KM PERSEGI. MARE FRIGORIS TERLETAK DI BAHAGIAN KE UTARA PERMUKAAN BULAN. DENGAN KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI PINGGIR SEMPADAN KAWASAN LURAH 'PROCELLARUM BASIN', IAITU DI UTARA MARE IMBRIUM. IANYA MEMANJANG KE BAHAGIAN TIMUR PERMUKAAN BULAN IAITU DI UTARA MARE SERENITATIS. IA JUGA BERADA DI UTARA KAWAH PLATO YANG BERWARNA KEHITAMAN.


ERA PEMBENTUKAN:   MARE FRIGORIS TERBENTUK SEMASA ERA PRE-IMBRIAN. IA BERLAKU PADA -4.55 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   MARE FRIGORIS TERDIRI DARI MATERIAL DARIPADA MATERIAL LAVA YANG BERWARNA KEHITAMAN.


BAHAGIAN TIMUR-LAUT: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI SEBELAH INI. KAWAH KANE (33 BATU), SHEEPSHANKS (15 BATU), C.MAYER (23 BATU), MOIGNO (22 BATU), NEISON (32 BATU) DAN ARNOLD (58 BATU).


BAHAGIAN TIMUR: TERDAPAT JUGA KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH GARTNER (71 BATU), DEMOCRITUS (24 BATU), DE LA RUE (83 BATU), KELDYSH (20 BATU), BAILY (16 BATU) DAN HERCULES (42 BATU). LACUS MORTIS (TASIK) SELUAS 93 BATU TERLETAK DI SEBELAH SINI. 


BAHAGIAN TENGGARA: MONTES CAUCASUS (BANJARAN GUNUNG) BERADA ANTARA MARE FRIGORIS DAN MARE SERENITATIS. KAWAH EUDOXUS (41 BATU), CALLIPPUS (19 BATU) DAN ALEXANDER (50 BATU).


BAHAGIAN UTARA: TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH SEPERTI MANA DI SEBELAH TIMUR-LAUT. KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH ARCHYTAS (19 BATU), TIMAEUS (19 BATU), W.BOND (96 BATU), EPIGENES (34 BATU) DAN BIRMINGHAM (57 BATU).


BAHAGIAN BARAT: KAWAH-KAWAH SEPERTI KAWAH FONTENELLE (23 BATU), PHILOLAUS (43 BATU), LA CONDAMINE (22 BATU), J.HERSCHEL (102 BATU) DAN HORREBOW (14 BATU). MARE FRIGORIS BERSEMPADAN DENGAN OCEANUS PROCELLARUM.


BAHAGIAN SELATAN: MARE FRIGORIS DIPISAHKAN DARIPADA MARE IMBRIUM OLEH MONTES ALPES (BANJARAN GUNUNG) SEPANJANG 174 BATU. TERDAPAT VALLIS ALPES (LEMBAH) SEJAUH 103 BATU DAN JUGA RIMAE PLATO (SISTEM TERUSAN) SEPANJANG 54 BATU. KAWAH SEPERTI KAWAH PLATO (67 BATU) DAN BLISS (13 BATU).


BAHAGIAN DALAM MARE FRIGORIS: TERDAPAT KAWAH ARISTOTELES (54 BATU), MITCHELL (18 BATU), GALLE (13 BATU), EGEDE (22 BATU) DAN PROTAGORAS (13 BATU). RIMA ARCHYTAS (TERUSAN) TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN RIMAE PLATO.


PEMERHATIAN:   MARE FRIGORID MEMPUNYAI FORMASI YANG SANGAT MENARIK. IA BOLEH DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER) BULAN.


PERALATAN:   PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP MARE FRIGORIS SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG YANG BERKUASA 10X.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DI LAKUKAN DI MARE FRIGORIS.

PENGHORMATAN:   MARE FRIGORIS TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com