OCEANUS PROCELLARUM (OCEAN OF STORMS)
KATEGORI: LAUTAN (SEA ATAU MARE)
LOKASI: OCEANUS PROCELLARUM ADALAH SEBUAH 'LAUTAN BULAN' YANG SANGAT LUAS YANG TERLETAK DI SEBELAH BARAT PERMUKAAN BULAN YANG MELIPUTI BAHAGIAN SUKUAN BARAT-LAUT DAN JUGA SUKUAN BARAT-DAYA. KOORDINAT OCEANUS PROCELLARUM IALAH 18.4o UTARA SERTA 57.4o BARAT.
DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, OCEANUS PROCELLARUM DIPISAHKAN DENGAN MARE IMBRIUM OLEH BANJARAN GUNUNG CARPATHIAN.
DI BAHAGIAN BARAT-LAUT, TERDAPAT KAWAH ARISTARCHUS ( SELEBAR 32 KM) YANG MERUPAKAN 'CIRI' YANG PALING TERANG DI PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE)
DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT KAWAH COPERNICUS YANG LEBIH 'MENONJOL'.
DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT TELUK RORIS (SINUS RORIS).
PENEROKAAN:
MISI 'ROBOTIC LUNAR' - PROBE LUNA 9, PROBE LUNA 13, PROBE SURVEYOR 1, DAN PROBE SURVEYOR 3.
~ LUNA 9 MERUPAKAN 'KAPAL PENEROKA' SOVIET UNION RUSSIA TANPA 'ANAK KAPAL' (CREW) YANG DILANCARKAN PADA 31hb JANUARI,1966 DARI BAIKONUR COSMODROME DI KAZARK, SOVIET SOCIALIST REPUBLIC PADA JAM 11:41:37 WAKTU GMT (GREENWICH MERIDIEN TIME) DARI PLATFOM 'SITE 31/6'.
LUNA 9 TELAH MENDARAT DI OCEANUS PROCELLARUM DI ANTARA KAWAH REINER DAN KAWAH MARIUS PADA 3hb FEBUARI, 1966 PADA JAM 18:45:30 WAKTU GMT DI KOORDINAT 7.08o UTARA SERTA 64.37o BARAT. LEBIH KURANG 5 MINIT SELEPAS BERJAYA MENDARAT, LUNA 9 MULA MENGHANTAR SIGNAL DATA KE BUMI. PENGHANTARAN SIGNAL DATA KE BUMI BERAKHIR PADA 6hb FEBRUARI, 1966 PADA JAM 22:55 WAKTU GMT. LUNA 9 ADALAH 'KAPAL PENEROKA' YANG PERTAMA BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN 'DUNIA' LAIN SELAIN BUMI.
PENGHANTARAN SIGNAL DATA KE BUMI OLEH LUNA 13 BERMULA 4 MINIT SELEPAS PENDARATAN BERJAYA DILAKUKAN. LUNA 13 BERJAYA MENGHANTAR SEBANYAK 5 BUAH 'PANORAMA' PERMUKAAN BULAN KE BUMI, MENGGAMBARKAN PERMUKAAN BULAN DENGAN KAWASAN LAPANG YANG LEBIH 'LICIN' DARI APA YANG 'DILIHAT' OLEH LUNA 9. PADA 28hb DISEMBER, 1966 JAM 06:13 WAKTU GMT, PENGHANTARAN DATA TERHENTI DISEBABKAN 'KEHABISAN' BEKALAN BATERI YANG TERDAPAT DI 'ON-BOARD' LUNA 13. LUNA 13 MENJADI 'KAPAL PENEROKA' YANG KETIGA BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN.
SURVEYOR 1 BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 2hb JUN, 1966 DI KOORDINAT 2.47o SELATAN SERTA 43.34o BARAT IAITU DI KAWAH FLAMSTEED P. IA TELAH MENGHANTAR SEBANYAK 11,237 FOTO KE BUMI BERMULA SELEPAS KEJAYAAN SURVEYOR 1 MENDARAT SEHINGGA 14hb JULAI, 1966. OPERASI PENGHANTARAN DATA KE BUMI TIDAK DAPAT DILAKUKAN ANTARA 14hb JUN, 1966 HINGGA 7hb JULAI, 1966, IAITU SELAMA 2 MINGGU, DISEBABKAN PANEL-SOLAR MATAHARI YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA TIDAK DAPAT MENJANA TENAGA KERANA BULAN BERADA DI FASA 'SUKU TERAKHIR' (LAST QUARTER) DAN FASA 'SUKU PERTAMA' (FIRST QUARTER). PENGHANTARAN DATA YANG TERAKHIR PADA 7hb JANUARI, 1966 APABILA PANEL-SOLAR MATAHARI TIDAK DAPAT DI 'AKTIF'KAN SEMULA.
~ SURVEYOR 3 JUGA MERUPAKAN 'KAPAL PENEROKA' YANG KE TIGA TANPA 'ANAK KAPAL' (CREWS) AMERIKA SYARIKAT DARI 'PROGRAM SURVEYOR'. IA ADALAH MISI YANG PERTAMA UNTUK 'KAPAL PENEROKA' YANG MEMBAWA 'PENYODOK' UNTUK MENGAMBIL CONTOH TANAH BULAN (SURFACE-SOIL SAMPLING SCOOP).
SURVEYOR 3 TELAH DILANCARKAN PADA 17hb APRIL, 1967 DARI CAPE CANAVERAL, FLORIDA DARI PLATFOM 'LC-36B' DAN BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 20hb APRIL, 1967 DI KAWAH YANG KECIL YANG DINAMAKAN KAWAH SURVEYOR; DI MARE COGNITUM SEBAHAGIAN DARI OCEANUS PROCELLARUM; PADA KOORDINAT 3.01612o SELATAN SERTA 23.41791o BARAT.
SURVEYOR 3 BERJAYA MENGHANTAR SEBANYAK 6,315 IMEG TV BALIK KE BUMI; YANG PERTAMA DARI PERMUKAAN BULAN. PADA 3hb MEI, 1967, SURVEYOR 3 TIDAK DAPAT LAGI MENGHANTAR DATA KE BUMI KERANA MASALAH TEKNIKAL YANG SAMA SEPERTI SURVEYOR 1. PENGGUNAAN PANEL-SOLAR MATAHARI YANG MEMERLUKAN CAHAYA MATAHARI UNTUK MENJANA TENAGA TIDAK DAPAT BEROPERASI KERANA BULAN YANG MELALUI FASA 'SUKU TERAKHIR' (LAST QUARTER) DAN FASA 'SUKU PERTAMA' (FIRST QUARTER) TELAH MENGHALANG CAHAYA MATAHARI DARI MENJANA TENAGA KEPADA PANEL-SOLAR MATAHARI PADA SURVEYOR 3. CUBAAN UNTUK MENGAKTIFKAN SEMULA SURVEYOR 3 SELEPAS ITU TIDAK BERJAYA. SELAIN ITU, SUHU YANG TERLAMPAU SEJUK YANG DILALUI OLEH SURVEYOR 3, MENYEBABKAN SISTEM TIDAK DAPAT BEROPERASI SEMULA.
~ CHANG'E 5 ADALAH 'KAPAL PENEROKA' YANG KE LIMA DALAM MISI PROGRAM PENEROKAAN BULAN OLEH CHINA SELAIN MENJADI MISI PERTAMA UNTUK MEMBAWA BALIK 'CONTOH MATERIAL' BULAN KE BUMI. IA DINAMAKAN SEMPENA 'DEWA BULAN ORANG CHINA IAITU CHANG'E. CHANG'E 5 TELAH DILANCARKAN PADA 23hb NOVEMBER, 2020 DARI WENCHANG SPACECRAFT LAUNCH SITE DI PULAU HAINAN PADA PUKUL 20:30 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME).
CHANG'E 5 TELAH BERJAYA MENDARAT DI MONS RUMKER, KAWASAN DI OCEANUS PROCELLARUM PADA KOORDINAT 43.1o UTARA SERTA 51.9o BARAT PADA 1hb DISEMBER, 2020. CHANG'E 5 TELAH MENGAMBIL 1,731 GRAM (61.102 AUNS) MATERIAL DARI PERMUKAAN BULAN UNTUK DIBALIK PULANG KE BUMI. 'KAPAL PENEROKA' TELAH DILANCARKAN (LIFTED OFF) DARI PERMUKAAN BULAN PADA 3hb DISEMBER, 2020 PADA JAM 15:10 WAKTU UTC DAN BERCANTUM (DOCKED) SEMULA DENGAN 'KAPAL ORBITER' 6 MINIT KEMUDIAN.
CHANG'E 5 TELAH MENDARAT DI SIZIWANG BANNER, ULANQAB, INNER MONGOLIA, CHINA PADA 16hb DISEMBER, 2020 PADA JAM 17:59 WAKTU UTC DENGAN MEMBAWA BERSAMA 'CONTOH MATERIAL' YANG TELAH DIKUMPULKAN DARI BULAN. 'KAPAL PENEROKA' CHANG'E 5 BERJAYA MELAKSANAKAN MISI DALAM MASA 22 HARI, 21 JAM, DAN 29 MINIT.
MISI 'MANNED LUNAR' - APOLLO 12 ADALAH 'KAPAL ANGKASA' YANG KE ENAM DENGAN 'ANAK KAPAL' (CREWS) DALAM 'PROGRAM APOLLO' AMERIKA SYARIKAT. IA MERUPAKAN 'KAPAL ANGKASA' YANG KE DUA YANG BERJAYA MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN. 'KAPAL ANGKASA' YANG DIBERI NAMA 'YANKEE CLIPPER' TELAH DILANCARKAN DARI KENNEDY SPACE CENTER, FLORIDA PADA 14hb NOVEMBER, 1969. 'ANAK KAPAL' APOLLO 12 IALAH:
CHARLES 'PETE' CONRAD SEBAGAI KOMANDER
ALAN L.BEAN SEBAGAI PEMANDU LUNAR MODUL
RICHARD F.GORDON SEBAGAI PEMANDU COMMAND MODUL
SEJURUS DILANCARKAN, APOLLO 12 TELAH DIPANAH PETIR SEBANYAK DUA KALI MENYEBABKAN MASALAH INSTRUMEN TETAPI SEDIKIT KEROSAKAN SAHAJA KEPADA 'KAPAL ANGKASA' APOLLO 12.
'LUNAR MODUL' YANG DIBERI NAMA 'INTERPID' MEMBAWA CHARLES 'PETE' CONRAD DAN ALAN L. BEAN TELAH MENDARAT DI KOORDINAT 3.01o SELATAN SERTA 23.42o BARAT PADA PUKUL 06:54:35 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME) PADA 19hb NOVEMBER, 1969. CONRAD DAN BEAN HANYA BERADA SERTA MELAKUKAN AKTIVITY DI PEMUKAAN BULAN SELAMA SATU HARI, TUJUH JAM, MANAKALA GORDON KEKAL MENGENDALIKAN 'LUNAR ORBIT'. AKTIVITI KE DUA YANG DILAKUKAN OLEH CONRAD DAN BEAN ADALAH BERJALAN (MOONWALK) KE 'KAPAL PENEROKA' SURVEYOR 3; YANG MENDARAT PADA TAHUN 1967 DAN MENGALAMI KEROSAKAN PANEL-SOLAR MATAHARI; UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN-BAHAGIAN DARI 'SURVEYOR 3 UNTUK DIBAWA BALIK KE BUMI UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN. APOLLO 12 TELAH DIRANCANG UNTUK MENDARAT BERHAMPIRAN DENGAN 'SURVEYOR 3'.
'LUNAR MODUL' INTERPID DILANCARKAN DARI PERMUKAAN BULAN PADA 20hb NOVEMBER, 1969 PADA PUKUL 14:25:47 WAKTU UTC DAN 'BERCANTUM' (DOCKED) SEMULA DENGAN 'LUNAR ORBIT'. APOLLO 12 TELAH MENDARAT DI BUMI PADA 24hb NOVEMBER, 1969 PADA PUKUL 20:58:24 WAKTU UTC DI LAUTAN PACIFIK SELATAN PADA KOORDINAT 15.47o SELATAN SERTA 165.9o BARAT. MISI APOLLO 12 MEMAKAN MASA SELAMA 10 HARI, 4 JAM, 36 MINIT, DAN 24 SAAT.
camp.astronomy@gmail.com