Friday, September 30, 2022

RENUNGAN JUMAAT -SURAH AL WAAQI'AH AYAT 20 - 24



"...DAN BUAH-BUAHAN DARI APA YANG MEREKA PILIH,

DAN DAGING BURUNG DARI APA YANG MEREKA PILIH.

DAN (DI DALAM SYURGA ITU) ADA BIDADARI-BIDADARI YANG BERMATA JELI,

LAKSANA MUTIARA YANG TERSIMPAN BAIK.

SEBAGAI BALASAN BAGI APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 20 HINGGA 24, JUZUK 27 

Monday, September 26, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC2298

 NGC2298

BURUJ:   PUPPIS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   06h 48m 59s  /  -36o 00' 19"

JARAK:   34,900 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +8.89

SAIZ:   4'.8  X  4'.8

KATEGORI:   VI

NGC2298 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PUPPIS DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 8hb MEI, 1826. SELAIN ITU, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'MEL 53', IAITU.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, September 23, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 15 - 19



"...MEREKA BERADA DI ATAS DIPAN YANG BERTAHTAKAN EMAS DAN PERMATA,

SERAYA BERTELEKAN DI ATASNYA BERHADAP-HADAPAN.

MEREKA DIKELILINGI OLEH ANAK-ANAK MUDA YANG TETAP MUDA,

DENGAN MEMBAWA GELAS (PIALA), CEREK DAN MINUMAN YANG DIAMBIL DARI AIR YANG MENGALIR,

MEREKA TIDAK PENING KERANANYADAN TIDAK PULA MABUK..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 15 HINGGA 19, JUZUK 27 

Monday, September 19, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC4535

 NGC4535

BURUJ:   VIRGO

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   12h 34m 20s  / 08o 11' 15"

JARAK:   54 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.73

SAIZ:   11'.8  X  11'.8

KATEGORI:   SAB(s)c

NGC4535 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ VIRGO DI HEMISFERA UTARA. 







camp.astronomy@gmail.com












Friday, September 16, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 11 - 14



"...MEREKA ITULAH ORANG YANG DIDEKATKAN (KEPADA ALLAH).

BERADA DI DALAM SYURGA-SYURGA KENIKMATAN.

SEGOLONGAN BESAR DARI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU,

DAN SEGOLONGAN KECIL DARI ORANG-ORANG YANG TERKEMUDIAN..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 11 HINGGA 14, JUZUK 27 

Friday, September 9, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 7 - 10



"...DAN KAMU MENJADI TIGA GOLONGAN.

IAITU GOLONGAN KANAN. ALANGKAH MULIANYA GOLONGAN KANAN ITU.

DAN GOLONGAN KIRI. ALANGKAH SENSARANYA GOLONGAN KIRI ITU.

DAN ORANG-ORANG YANG PALING DAHULU BERIMAN..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 7 HINGGA 10, JUZUK 27 

Monday, September 5, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC6369

NGC6369


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   PLANETARI NEBULA

LOKASI:   17h 29m 21s  /  -23o 45' 33"

JARAK:   3,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.4

SAIZ:   1'.1  X  0'.7

NGC6369 ADALAH SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS DI HEMISFERA SELATAN. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 21hb MEI, 1784. NGC6369 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LITTLE GHOST NEBULA'.

NGC6369 MEMPUNYAI BENTUK YANG 'BULAT' DAN BERUPA SEPERTI SEBUAH 'PLANET' YANG SEMEMANGNYA KELIHATAN 'KABUR' (FAINT). TENAGA RADIASI YANG 'TINGGI' DARIPADA BINTANG 'TERAS' IAITU SE BIJI BINTANG 'KERDIL PUTIH' (WHITE DWARF) MENYEBABKAN KAWASAN SEKELILING NEBULA MEMANCARKAN CAHAYA.

STRUKTUR 'GEGELANG UTAMA' ADALAH SELUAS SATU TAHUN CAHAYA DAN CAHAYA SINARAN TERSEBUT  TERHASIL DARIPADA GAS-GAS YANG TELAH DI'ION'KAN SEPERTI GAS OKSIGEN, HIDROGEN, DAN NITROGEN YANG MEMBERIKAN WARNA-WARNA YANG MENARIK SEPERTI BIRU, HIJAU, DAN JUGA MERAH.

BINTANG 'TERAS' MEMPUNYAI 'JENIS SPEKTRAL' (SPECTRAL TYPE) W03, IAITU MENUNJUKAN 'SPEKTRUM' (SPECTRUM) YANG SAMA SEPERTI BINTANG "WOLF-RAYET" YANG MEMILIKI 'OKSIGEN YANG BANYAK'. NGC6369 ADALAH 'AWAN GAS' (CLOUDS OF GAS) YANG MENGEMBANG DARI BINTANG 'GIANT' MERAH (RED GIANT STAR) DI MANA IA BERADA DI DALAM PERINGKAT TERAKHIR JANGKA HAYAT NEBULA TERSEBUT.  







camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, September 2, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL WAAQI'AH AYAT 1 - 6



"...APABILA TERJADI HARI KIAMAT,

TIDAK SE ORANGPUN DAPAT BERDUSTA TENTANG KEJADIANNYA.

(KEJADIAN ITU) MERENDAHKAN (SATU GOLONGAN) DAN MENINGGIKAN (GOLONGAN YANG LAIN),

APABILA BUMI DIGONCANGKAN SEDASYAT-DASYATNYA,

DAN GUNUNG-GUNUNG DIHANCUR LULUHKAN SEHANCUR-HANCURNYA,

MAKA JADILAH DIA DEBU YANG BERTERBANGAN..."


SURAH AL WAAQI'AH (HARI KIAMAT), AYAT 1 HINGGA 6, JUZUK 27