Friday, July 29, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 20 - 21



"...ATAU SIAPAKAH DIA YANG MENJADI TENTERA BAGIMU YANG AKAN MENOLONGMU SELAIN DARIPADA ALLAH YANG MAHA PEMURAH? ORANG-ORANG KAFIR ITU TIDAK LAIN HANYALAH DALAM (KEADAAN) TERTIPU.

ATAU SIAPAKAH DIA YANG MEMBERI KAMU REZEKI JIKA ALLAH MENAHAN REZEKI-NYA? SEBENARNYA MEREKA TERUS MENERUS DALAM KESOMBONGAN DAN MENJAUHKAN DIRI?..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 20 DAN 21, JUZUK 29 

Monday, July 25, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1851

NGC1851


BURUJ:   COLUMBA

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   05h 14m 06s  /  -40o 02' 47"

JARAK:   39,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.3

SAIZ:   11'.0  X  11'.0

KATEGORI:   II

NGC1851 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ COLUMBA DI HEMISFERA SELATAN. IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBULAR YANG SUNGGUH BESAR. NGC1851 TELAH DITEMUKAN OLEH JAMES DUNLOP PADA 10hb MEI, 1826, MANAKALA, JOHN HERSCHELL TELAH MENEMUKAN PADA 23hb OKTOBER, 1835.

NGC1851 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CALDWELL 73' (CALD 73) IAITU SENARAI YANG MENGANDUNGI 109 OBJEK ASTRONOMI TERDIRI DARI KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA SERTA GALAKSI YANG DISUSUN OLEH PATRICK MOORE, SE ORANG AHLI ASTRONOMI AMATUR ENGLAND, DAN DITERBITKAN DI DALAM 'SKY & TELESCOPE' PADA DISEMBER 1995.

DI SAMPING ITU, NGC1851 JUGA TERKANDUNG DI DALAM SENARAI 'THE MELLOTE CATALOQUE' SEBAGAI 'MEL 30'. KATALOG TERSEBUT DISUSUN OLEH AHLI ASTRONOMI BRITISH, PHILIBERT JACQUES MELLOTE, YANG MENGANDUNGI 245 KLUSTER BINTANG YANG DITERBITKAN DALAM TAHUN 1915. 







camp.astronomy@gmail.com











 

Friday, July 22, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 18 - 19



"...DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SEBELUM MEREKA TELAH MENDUSTAKAN (RASUL-RASUL-NYA). MAKA ALANGKAH HEBATNYA KEMURKAAN-KU.

DAN APAKAH MEREKA TIDAK MEMERHATIKAN BURUNG-BURUNG YANG MENGEMBANGKAN DAN MENGANTUPKAN SAYAPNYA DI ATAS MEREKA? TIDAK ADA YANG MENAHANNYA (DI UDARA) SELAIN YANG MAHA PEMURAH. SESUNGGUHNYA DIA MAHA MELIHAT SEGALA SESUATU..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 18 DAN 19, JUZUK 29 

Monday, July 18, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1073

 NGC1073


BURUJ:   CETUS

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR

LOKASI:   02h 43m 40s  /  +01o 22' 34"

JARAK:   55 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.5

SAIZ:   4'.9  X  4'.5

KATEGORI:   SB(rs)c

NGC1073 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CETUS DI HEMISFERA UTARA. NGC1073 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 9hb OKTOBER, 1785. NGC1073 MEMILIKI DIAMETER 'CAKERA' (DISK) YANG BERPUTAR DIANGGARKAN 80,000 TAHUN CAHAYA DAN MENGANDUNGI 'TERAS' (CORE) DARI JENIS YANG AKTIF DINAMAKAN 'HII NUCLEUS'.

NGC1073 MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN GALAKSI 'BIMA SAKTI' (MILKY WAY GALAXY)  DARI SUDUT PERKONGSIAN 'PALANG GALAKTIK' (GALACTIC BAR). NAMUN BEGITU, NGC1073 TIDAK MEMPUNYAI STRUKTUR 'LENGAN' (ARMS) YANG SEMETRI YANG LENGKAP SERTA MEMILIKI 'PALANG TENGAH' YANG LEBIH BESAR DARI GALAKSI 'BIMA SAKTI'. 

'PALANG' TERSEBUT TERDIRI DARIPADA BARISAN "PADAT' BINTANG-BINTANG DI 'TERAS' BAGI MEMBENTUK SEBAGAI 'GRAVITI' MENYEBABKAN 'GELOMBANG' DENSITI UNTUK MENOLAK GAS 'KE DALAM' (INWARD) BAGI TUJUAN MEMBEKALKAN BAHAN MENTAH UNTUK PEMBENTUKAN DAN 'KELAHIRAN' BINTANG-BINTANG BAHARU.

PALING MENONJOL ADALAH 'PALANG' TENGAH YANG PANJANG SERTA 'TERANG' DENGAN BINTANG-BINTANG MELINTANGI 'TERAS' GALAKSI DAN JUGA NUKLEUS YANG AKTIF SERTA 'TERANG' MENYEDIAKAN KEADAAN YANG SESUAI KEPADA 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE) YANG BESAR, LORONG-LORONG DEBU DENGAN FILEMEN-FILEMEN YANG 'GELAP', KLUSTER-KLUSTER 'MUDA' BINTANG-BINTANG 'BIRU' YANG BERKELIPAN, SERTA PANCARAN MERAH NEBULA-NEBULA DENGAN GAS HIDROGEN YANG BERSINAR-SINAR.    








camp.astronomy@gmail.com













 

Friday, July 15, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 16 - 17



"...APAKAH KAMU MERASA AMAN TERHADAP ALLAH YANG (BERKUASA) DI LANGIT BAHAWA DIA AKAN MENJUNGKIR BALIKKAN BUMI BERSAMA KAMU, SEHINGGA DENGAN TIBA-TIBA BUMI ITU BERGONCANG?,

ATAU APAKAH KAMU MERASA AMAN TERHADAP ALLAH YANG (BERKUASA) DI LANGIT BAHAWA DIA AKAN MENGIRIMKAN BADAI YANG BERBATU. MAKA KELAK KAMU AKAN MENGETAHUI BAGAIMANA (AKIBAT MENDUSTAKAN) PERINGATAN-KU?..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 16 DAN 17, JUZUK 29 

Monday, July 11, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH FURNERIUS

KAWAH FURNERIUS


KATEGORI:   KAWAH


LOKASI:   KAWAH FURNERIUS BERADA DI SUKUAN TENGGARA KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN PINGGIRAN TENGGARA PERMUKAAN BULAN IAITU PADA KOORDINAT 60.4o TIMUR SERTA 36.3o SELATAN.


KELUASAN:   KAWAH FURNERIUS MEMPUNYAI KELUASAN 129 KM X 129 KM DENGAN KEDALAMAN SEHINGGA 3,500 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH FURNERIUS TERBENTUK PADA ERA COPERNICIAN IAITU LEBIH KURANG -1.1 BILION TAHUN DAHULU SEHINGGA KINI.


CIRI-CIRI: 

PEMERHATIAN:   KAWAH FURNERIUS ADALAH SEBUAH KAWAH SERTA LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH FURNERIUS, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10X SUDAH MENCUKUPI. NAMUN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH DICADANGKAN UNTUK MENDAPATKAN HASIL PENCERAPAN YANG LEBIH MEMUASKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH FURNERIUS. NAMUN BEGITU, PADA TAHUN 1993, SEBUAH SATELIT JEPUN BERNAMA 'HITEN' TELAH TERHEMPAS BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH FURNERIUS.


PENGHORMATAN:   KAWAH FURNERIUS DINAMAKAN SEMPENA GEORGES FURNER / FOURNIER IAITU SE ORANG AHLI MATEMATIK SERTA AHLI GEOGRAFI  BERBANGSA PERANCHIS PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN PADA 31hb OGOS, 1595 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 13hb APRIL, 1652.


camp.astronomy@gmail.com

     
 

Friday, July 8, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 13 - 15



"...DAN RAHSIAKANLAH PERKATAANMU ATAU LAHIRKANLAH: SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI.

APAKAH ALLAH YANG MENCIPTAKAN ITU TIDAK MENGETAHUI (YANG KAMU LAHIRKAN DAN RAHSIAKAN); DAN DIA MAHA HALUS LAGI MAHA MENGETAHUI?

DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI ITU MUDAH BAGI KAMU, MAKA BERJALANLAH DI SEGALA PENJURUNYA DAN MAKANLAH SEBAHAGIAN DARI REZEKI-NYA. DAN HANYA KEPADA-NYA-LAH KAMU (KEMBALI SETELAH) DIBANGKITKAN..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 13 HINGGA 15, JUZUK 29

Monday, July 4, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC40

NGC40


BURUJ:   CEPHEUS

KELAS:   NEBULA

LOKASI:   00h 13m 01s  /  +72o 31' 19"

JARAK:   3,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.7

SAIZ:   0.8'  X  0.8'

NGC40 ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CEPHEUS DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE BOW-TIE NEBULA'; NAMA GELARAN YANG DIKONGSI DENGAN SATU LAGI NEBULA PLANETARI NGC2440 YANG BERADA DI DALAM BURUJ PUPPIS. NGC40 TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAN HERSCHELL PADA 25hb NOVEMBER,1788.

NGC40 TERDIRI DARIPADA GAS PANAS YANG MENGELILINGI BINTANG DI PERINGKAT AKHIR HAYAT BINTANG TERSEBUT. BINTANG 'TERAS' YANG MEMPUNYAI JENIS 'SPECTRAL' WC8, YANG MEMBERI INDIKASI PERSAMAAN 'SPEKTRUM' DENGAN BINTANG 'WOLF-RAYET' YANG MEMPUNYAI KANDUNGAN KARBON YANG TINGGI. BINTANG 'WOLF-RAYET' ADALAH SUATU SET BINTANG DENGAN 'SPEKTRAL' YANG LUAR BIASA MENONJOLKAN 'PANCARAN GARISAN' YANG 'LEBAR' TERDIRI DARIPADA HELIUM YANG DIIONKAN SERTA KANDUNGAN NITROGEN ATAU KARBON YANG DIIONKAN DALAM KUANTITI YANG TINGGI.

PADA PERINGKAT TERSEBUT, IA TELAH 'MEMBEBASKAN' (EJECTED) LAPISAN 'LUAR' DAN MENINGGALKAN BINTANG 'PANAS' YANG LEBIH KECIL DENGAN SUHU DI PERMUKAAN DALAM 50,000o C. RADIASI DARI BINTANG TERSEBUT MENYEBABKAN PENGALIRAN KE LAPISAN 'LUAR' MEMANASKAN SUHU SEHINGGA 10,000o C.

MASA TERBAIK MENCERAP NGC40 ADALAH PADA BULAN OKTOBER, BULAN NOVEMBER SERTA BULAN DISEMBER DI MANA IA KELIHATAN TINGGI DI LANGIT PADA WAKTU AWAL PAGI. 

 







camp.astronomy@gmail.com

















  
 

Friday, July 1, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AL MULK AYAT 10 - 12



"...DAN MEREKA BERKATA: "SEKIRANYA KAMI MENDENGARKAN ATAU MEMIKIRKAN (PERINGATAN ITU) NESCAYA TIDAKLAH KAMI TERMASUK PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA YANG MENYALA-NYALA".

MEREKA MENGAKUI DOSA MEREKA. MAKA KEBINASAANLAH BAGI PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA YANG MENYALA-NYALA.

SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TAKUT KEPADA TUHANNYA YANG TIDAK NAMPAK OLEH MEREKA, MEREKA AKAN MEMPEROLEH AMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR..."


SURAH AL MULK (KERAJAAN), AYAT 10 HINGGA 12, JUZUK 29