Monday, February 28, 2022

OBJEK DI LANGIT - IC4756

 IC4756

BURUJ:   SERPANS CAUDA

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   18h 38m 31s  /  +05o 29' 24"

JARAK:   1,577 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +4.6

SAIZ:   4'.0 DIAMETER

IC4765 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA YANG BERADA DI DALAM  BURUJ SERPANS CAUDA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE TWEEDLEDUM" , "THE GRAFF'S CLUSTER" ATAU "THE SECRET GARDEN CLUSTER".







camp.astronomy@gmail.com












Friday, February 25, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR-RUM AYAT 26 - 27



"...DAN KEPUNYAAN-NYALAH SIAPA SAHAJA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI. SEMUANYA HANYA KEPADA-NYA TUNDUK.

DAN DIALAH YANG MENCIPTAKAN (MANUSIA) DARI PERMULAAN, KEMUDIAN MENGEMBALIKAN (MENGHIDUPKAN)NYA KEMBALI, DAN MENGHIDUPKAN KEMBALI ITU ADALAH LEBIH MUDAH BAGI-NYA. DAN BAGI-NYALAH SIFAT YANG MAHA TINGGI DI LANGIT DAN DI BUMI; DAN DIALAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), JUZUK 21, AYAT 26 DAN 27

Monday, February 21, 2022

OBJEK DI LANGIT - NGC1365

 NGC1365 

BURUJ:   FORNAX

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (BARRED SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   03h 33m 36s  /  -36o 08' 25"

JARAK:   56 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.3

SAIZ:   11'.2  X  6'.2

JENIS:   (R)SBb(S)b

NGC1365 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERADA DI DALAM BURUJ FORNAX DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE GREAT BARRED SPIRAL GALAXY'.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, February 18, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM AYAT 23 - 25



"...DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH TIDURMU DI WAKTU MALAM DAN SIANG HARI DAN USAHAMU MENCARI SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG MENDENGARKAN.

DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA, DIA MEMPERLIHATKAN KEPADAMU KILAT UNTUK (MENIMBULKAN) KETAKUTAN DAN HARAPAN, DAN DIA MENURUNKAN AIR HUJAN DARI LANGIT, LALU MENGHIDUPKAN BUMI DENGAN AIR ITU SESUDAH MATINYA. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG MEMPERGUNAKAN AKALNYA.

DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH BERDIRINYA LANGIT DAN BUMI DENGAN IRADAT-NYA. KEMUDIAN APABILA DIA MEMANGGIL KAMU SEKALI PANGGIL DARI BUMI, SEKETIKA ITU (JUGA) KAMU KELUAR (DARI KUBUR)..."


SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), JUZUK 21, AYAT 23 HINGGA 25

Monday, February 14, 2022

MENGENALI BULAN - KAWAH KEPLER

 KAWAH KEPLER

LOKASI:   KAWAH KEPLER BERADA DI SUKUAN BARAT-LAUT KUADRAN BULAN. IA TERLETAK DI ANTARA 'OCEANUS PROCELLARUM' DI SEBELAH BARAT DENGAN 'MARE INSULARUM' DI BAHAGIAN TIMUR, IAITU PADA KOORDINAT 8.1o UTARA SERTA 38.0o BARAT.

KELUASAN:   KAWAH KEPLER MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 32 KM DENGAN KEDALAMAN MENCECAH 2,600 METER.

ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH KEPLER TERBENTUK PADA ERA 'COPERNICAN PERIOD' IAITU LEBIH KURANG -1.1 BILION TAHUN DAHULU SEHINGGA KE MASA SEKARANG.

CIRI-CIRI:

PEMERHATIAN:   KAWAH KEPLER ADALAH SEBUAH LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 3 SELEPAS 'SUKU PERTAMA' (FIRST QUARTER MOON) SEHINGGA HARI KE 2 SELEPAS 'SUKU TERAKHIR' (LAST QUATER MOON).

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH KEPLER, PENGGUNAAN TEROPONG BERKUASA 10x SUDAH MENCUKUPI. PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AKAN MENAMBAHKAN LAGI PERINCIAN KE ATAS KAWAH KEPLER.

PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN YANG PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH KEPLER.

PENGHORMATAN:   KAWAH KEPLER DINAMAKAN SEMPENA JOHANNES KEPLER IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI, AHLI MATEMATIK, AHLI ASTROLOGI, AHLI FALSAFAH, DAN JUGA PENULIS MUZIK BERBANGSA JERMAN. BELIAU DILAHIRKAN PADA 27hb DISEMBER, 1571 DI CITY OF WEIL DER STADT, HOLY ROMAN EMPIRE. KEPLER MENINGGAL DUNIA PADA 15hb NOVEMBER, 1630 DI CITY OF REGENSBURG, HOLY ROMAN EMPIRE KETIKA BERUSIA 59 TAHUN.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, February 11, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM AYAT 20 - 22



"...DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH DIA MENCIPTAKAN KAMU DARI TANAH, KEMUDIAN TIBA-TIBA KAMU (MENJADI) MANUSIA YANG BERKEMBANG BIAK.

DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH DIA MENCIPTAKAN UNTUKMU ISTERI-ISTERI DARI JENISMU SENDIRI, SUPAYA KAMU CENDERUNG DAN MERASA TENTERAM KEPADANYA, DAN DIJADIKAN-NYA DI ANTARAMU RASA KASIH DAN SAYANG. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG BERFIKIR.

DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN BERLAIN-LAINAN BAHASAMU DAN WARNA KULITMU. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI ORANG-ORANG YANG MENGETAHUI..."


SURAH AR RUM (BANGSA RUMAWI), AYAT 20 HINGGA 22, JUZUK 21

Monday, February 7, 2022

OBJEK DI ;LANGIT - BOOMERANG NEBULA

 BOOMERANG NEBULA

BURUJ:   CENTAURUS

KELAS:   NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)

LOKASI:   12h 44m 45s  /  -54o 31' 11"

JARAK:   5,000 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +10.54

SAIZ:   1'.445  X  0'.724

BOOMERANG NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN YANG BERADA DI DALAM BURUJ CENTAURUS. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE BOW TIE NEBULA' DAN DIKATALOGKAN SEBAGAI LEDA 3074547. SELAIN ITU, BOOMERANG NEBULA ADALAH SEBUAH NEBULA 'PROTO-PLANETARI' (PROTOPLANETARY NEBULA) IAITU SEBUAH OBJEK ASTRONOMI YANG MELALUI PERISTIWA JANGKA HAYAT YANG PENDEK SEMASA EVOLUSI PANTAS PERKEMBANGAN SEBUAH BINTANG.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, February 4, 2022

RENUNGAN JUMAAT - SURAH AR RUUM AYAT 16 - 19



"...ADAPUN ORANG-ORANG YANG KAFIR DAN MENDUSTAKAN AYAT-AYAT KAMI (AL QURAN) SERTA (MENDUSTAKAN) MENEMUI HARI AKHIRAT, MAKA MEREKA TETAP BERADA DI DALAM SIKSAAN (NERAKA).

MAKA BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH DI WAKTU KAMU BERADA DI PETANG HARI DAN WAKTU KAMU BERADA DI WAKTU SUBUH,

DAN BAGI-NYALAH SEGALA PUJI DI LANGIT DAN DI BUMI DAN DI WAKTU KAMU BERADA PADA PETANG HARI DAN DI WAKTU KAMU BERADA DI WAKTU ZUHUR.

DIA MENGELUARKAN YANG HIDUP DARI YANG MATI DAN MENGELUARKAN YANG MATI DARI YANG HIDUP DAN MENGHIDUPKAN BUMI SESUDAH MATINYA. DAN SEPERTI ITULAH KAMU AKAN DIKELUARKAN (DARI KUBUR)..."


SURAH AR RUM (BANGSA RUMAWI), AYAT 16 HINGGA 19, JUZUK 21