Monday, June 28, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2281

BURUJ:   AURIGA

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   06h 48m 17s  /  +41o 04' 43"

JARAK:   1,820 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.4

SAIZ:   10.8'  x  10.8'

NGC2281 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ AURIGA. 






camp.astronomy@gmail.com







 






Friday, June 25, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...SEAKAN-AKAN BIDADARI ITU PERMATA YAKUT DAN MARJAN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

TIDAK ADA BALASAN KEBAIKAN KECUALI KEBAIKAN (PULA).

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 58 HINGGA 61, JUZUK 27

Monday, June 21, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2903

BURUJ:   LEO

KELAS:   GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY)

LOKASI:   09h 32m 10s  /  +21o 30' 02"

JARAK:   30.4 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.07

SAIZ:   11.48'  x  5.25' 

NGC2903 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ LEO.







camp.astronomy@gmail.com












Friday, June 18, 2021

RENUNGAN JUMAAT

"...MEREKA BERTELEKAN DI ATAS PERMAIDANI YANG SEBELAH DALAMNYA DARI SUTERA. DAN BUAH-BUAHAN KEDUA SYURGA ITU DAPAT (DIPETIK) DARI DEKAT.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

DI DALAM SYURGA ITU ADA BIDADARI-BIDADARI YANG SOPAN MENUNDUKKAN PANDANGANNYA, TIDAK PERNAH DISENTUH OLEH MANUSIA SEBELUM MEREKA (PENGHUNI-PENGHUNI SYURGA YANG MENJADI SUAMI MEREKA) DAN TIDAK PULA OLEH JIN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?...


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 54 HINGGA 57, JUZUK 27 

Monday, June 14, 2021

MENGENALI BULAN

 KAWAH SCHICKARD

KATEGORI:   KAWASAN LAPANG BERTEBING (WALLED PLAIN)

LOKASI:   KAWAH SCHICKARD BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KORDINAT KAWAH SCHICKARD IALAH 54.6O BARAT DAN 44.4O SELATAN. IA TERLETAK DI DALAM KAWASAN "SCHICKARD CRATER REGION".

KELUASAN:   KAWAH SCHICKARD MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 227 KM. TEBING-TEBING DI SETENGAH KAWASAN MENCAPAI KETINGGIAN 2,700 METER.


ERA PEMBENTUKAN:   KAWAH SCHICKARD TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   (UPDATE)

PEMERHATIAN:   KAWAH SCHICKARD MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KELIMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEEMPAT SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).

PERALATAN:   UNTUK MENCERAP KAWAH SCHICKARD, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWAH SCHICKARD.


PENGHORMATAN:   KAWAH SCHICKARD DINAMAKAN SEMPERNA WILHELM SCHICKARD IAITU SEORANG AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI JERMAN PADA KURUN KE 17. IA DILAHIRKAN DI HERENBERG, JERMAN PADA 22, APRIL, 1592 DAN MENINGGAL DUNIA DI TUBINGEN, JERMAN PADA 24, OKTOBER, 1635. WILHELM SCHICKARD MERUPAKAN KAWAN KEPADA  JOHANNES KEPLER  (SEORANG AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI JERMAN KURUN KE 17) . BELIAU BANYAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA-KERJA KEJURUTERAAN. HASIL YANG PALING KETARA IALAH 'MESIN KIRA-KIRA'. DALAM BIDANG ASTRONOMI PULA, BELIAU TELAH MELUKIS PETA-PETA YANG LEBIH 'TEPAT'.


camp.astronomy@gmail.com

Friday, June 11, 2021

RENUNGAN JUMAAT

 


"...DI DALAM KEDUA SYURGA ITU ADA DUA BUAH MATA AIR YANG MENGALIR.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

DI DALAM KEDUA SYURGA ITU TERDAPAT SEGALA MACAM BUAH-BUAHAN YANG BERPASANGAN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG ,MAHA PEMURAH), AYAT 50 HINGGA 53, JUZUK 27

Monday, June 7, 2021

OBJEK DI LANGIT

NGC2867 / CALDWELL 90

BURUJ:   CARINA

KELAS:   NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA)

LOKASI:   09h 21m 25s  /  -58o 18' 40"

JARAK:   7,270 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +9.7

SAIZ:   43".3  x  35".6

NGC2867 JUGA DIKENALI SEBAGAI CALDWELL 90. IA ADALAH SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERBENTUK 'BUJUR' (ELLIPTICAL) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CARINA. IA TELAH DITEMUKAN OLEH JOHN HERSCHEL PADA 1hb APRIL, 1834. KETIKA PENEMUAN TERSEBUT, JOHN HERSCHEL MENYANGKA BELIAU TELAH MENEMUI SEBUAH PLANET YANG BAHARU. KEESOKAN MALAMNYA, JOHN HERSCHEL MENCERAP KOORDINAT YANG SAMA, DAN MENDAPATI OBJEK TERSEBUT MASIH BERADA DI KOORDINAT TERSEBUT. SEPATUTNYA, SEBUAH PLANET AKAN BERGERAK KE KOORDINAT YANG BERBEZA SEDIKIT SETIAP MALAM.

BINTANG YANG BERADA DI 'TERAS' NEBULA SEDANG MENGALAMI PROSES 'PENGEMBANGAN' (EVOLVING) UNTUK MENJADI BINTANG PUTIH 'KERDIL' (WHITE DWARF STAR) DI MANA DALAM JANGKA MASA TERDEKAT INI TELAH 'KEHILANGAN' MASSA (MASS) DALAM BENTUK 'ANGIN STELLAR' YANG BERKUASA, DAN MENGHASILKAN KEADAAN SEKELILING  SEBUAH NEBULA.

ADALAH SANGAT LUAR BIASA DAN JARANG APABILA SATU DARIPADA BEBERAPA 'DOZEN' OBJEK NEBULA YANG DIKETAHUI MEMPUNYAI 'BINTANG WOLF-RAYET' (WOLF-RAYET STARS) YANG DIKATAGORIKAN 'KELAS WC6' SEBAGAI BINTANG 'TERAS' BAGI NEBULA TERSEBUT.

NGC2867 KELIHATAN SEPERTI 'TELUR BURUNG ROBIN' YANG BERWARNA BIRU DENGAN PERSEKITARAN YANG BERCAHAYA SERTA BERANSUR-ANSUR MENJADI 'GELAP' SEMAKIN MENGHAMPIRI KAWASAN 'TERAS' NEBULA.






camp.astronomy@gmail.com




 

Friday, June 4, 2021

RENUNGAN JUMAAT


 "...DAN BAGI ORANG YANG TAKUT AKAN SAAT MENGHADAP TUHANNYA ADA DUA SYURGA.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?,

KEDUA SYURGA ITU MEMPUNYAI POHON-POHONAN DAN BUAH-BUAHAN.

MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?..."


SURAH AR RAHMAAN (YANG MAHA PEMURAH), AYAT 46 HINGGA 49, JUZUK 27