MARE SERENITATIS (SEA OF SERENITY)
KATEGORI: LAUTAN (SEA ATAU MARE)
LOKASI: TERLETAK DI SEBELAH ATAS BAHAGIAN TIMUR PERMUKAAN BULAN. IA BERBENTUK AGAK 'BULAT' JIKA DILIHAT PADA MASA BULAN DI PERINGKAT 'SUKU PERTAMA' (1st QUARTER). BENTUK "ORANG TUA" (OLD MAN) PADA PERMUKAAN BULAN, DI MANA 'KEPALA' "ORANG TUA" TERSEBUT ADALAH MARE SERENITATIS.
KELUASAN: MARE SERENITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 674 KM DENGAN KELUASAN 303,000 KM2. IA MERUPAKAN YANG KE ENAM TERBESAR DI PERMUKAAN BULAN.
ERA PEMBENTUKAN: TERBENTUK DALAM MASA "NECTARIAN GEOLOGICAL PERIOD" IAITU ANTARA -3.95 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: MARE SERENITATIS DISELIPUTI OLEH BASALT SEHINGGA MELIMPAHI KE LACUS SOMNIORUM (tasik) YANG TERLETAK DI SEBELAH TIMUR-LAUT.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT - BERSEMPADAN DENGAN LACUS SOMNIORUM (tasik) DAN JUGA KAWAH POSIDONIUS YANG AGAK BESAR DAN MENARIK.
BAHAGIAN TIMUR - TERDAPAT KAWAH LE MONNIER YANG DITEROKAI OLEH LUNA 21 DAN JUGA TAURUS-LITTROW VALLIS (lembah) YANG DITEROKAI OLEH APOLLO 17. BERHAMPIRAN DENGAN MONTES TAURUS (banjaran)
BAHAGIAN TENGGARA - BERSEMPADAN DENGAN MARE TRANQUILLITATIS (lautan). TERDAPAT PROMONTORIUM ARCHERUSIA (teluk)
BAHAGIAN BARAT-DAYA - BERSEMPADAN DENGAN MARE VAPORUM (lautan) DAN JUGA MONTES HAEMUS (banjaran)
BAHAGIAN BARAT-LAUT - TERDAPAT MONTES CAUCASUS (banjaran) DAN JUGA KAWAH CALIPPUS
PERMUKAAN MARE SERENITATIS TERDAPAT DORSUM OWEN, DORSUM VON COTTA, DORSUM BUCKLAND, DORSUM AZARA, SELAIN DORSA SMIRNOV, DORSA ALDRAVANDI, DAN DORSA LISTER. SEMUA INI IALAH 'RABUNG'
PEMERHATIAN: MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 5 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).
PERALATAN: SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10x.
PENEROKAAN: MISI "UNMANNED" - LUNA 21 (SOVIET RUSSIA) DILANCARKAN PADA 8/01/1973 DAN MENDARAT PADA 15/01/1973 DI KAWAH LE MONNIER DI KOORDINAT 25.850U, 30.450T HAMPIR DENGAN MONS TAURUS (gunung)
MISI "MANNED" - APOLLO 17 (U.S.A) DILANCARKAN PADA 7/12/1972 DAN MENDARAT PADA 11/12/1972 DI TAURUS-LITTROW VALLIS (lembah) PADA KOORDINAT 20.190U, 30.770T. KREW APOLLO 17 IALAH EUGENE A.CERNAN, RONALD E.EVANS DAN HARRISON H.SCHMITT. KEMBALI KE BUMI PADA 19/12/1972.