Friday, August 30, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI MENGATAKAN: "KAMI INI ADALAH ANAK-ANAK ALLAH DAN KEKASIH-KEKASIH-NYA". KATAKANLAH: "MAKA MENGAPA ALLAH MENYIKSA KAMU DENGAN DOSA-DOSAMU?" (KAMU BUKANLAH ANAK-ANAK ALLAH DAN KEKASIH-KEKASIH-NYA), TETAPI KAMU ADALAH MANUSIA (BIASA) DI ANTARA ORANG-ORANG YANG DICIPTAKAN-NYA. DIA MENGAMPUNI BAGI SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA DAN MENYIKSA SIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN KEPUNYAAN ALLAH-LAH KERAJAAN ANTARA KEDUA-NYA. DAN KEPADA ALLAH-LAH KEMBALI (SEGALA SESUATU)..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 18, JUZUK 6

Friday, August 23, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA TELAH KAFIRLAH ORANG-ORANG YANG BERKATA: "SESUNGGUHNYA ALLAH ITU IALAH AL MASIH PUTERA MARYAM". KATAKANLAH: "MAKA SIAPAKAH (GERANGAN) YANG DAPAT MENGHALANG-HALANGI KEHENDAK ALLAH, JIKA DIA HENDAK MEMBINASAKAN AL MASIH PUTERA MARYAM ITU BESERTA IBUNYA DAN SELURUH ORANG-ORANG YANG BERADA DI BUMI KESEMUANYA?' KEPUNYAAN ALLAH-LAH KERAJAAN LANGIT DAN BUMI DAN APA YANG DI ANTARA KEDUANYA; DIA MENCIPTAKAN APA YANG DIKEHENDAKI-NYA. DAN ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 17, JUZUK 6

Friday, August 16, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI AHLI KITAB, SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU RASUL KAMI, MENJELASKAN KEPADAMU BANYAK DARI ISI AL KITAB YANG KAMU SEMBUNYIKAN, DAN BANYAK (PULA YANG) DIBIARKANNYA. SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADAMU CAHAYA DARI ALLAH, DAN KITAB YANG MENERANGKAN.

DENGAN KITAB ITULAH ALLAH MENUNJUKI ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI KEREDHAAN-NYA KE JALAN KESELAMATAN, DAN (DENGAN KITAB ITU PULA) ALLAH MENGELUARKAN ORANG-ORANG ITU DARI GELAP-GULITA KEPADA CAHAYA YANG TERANG BENDERANG DENGAN SEIZIN-NYA, DAN MENUNJUKI MEREKA KE JALAN YANG LURUS..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 15 DAN 16, JUZUK 6

Monday, August 12, 2019

MENGENALI BULAN

MARE UNDARUM (LAUT UNDARUM  -  THE SEA OF WAVES)

KATEGORI:   LAUTAN (SEA ATAU MARE)


LOKASI:    MARE UNDARUM TERLETAK DI SUKUAN BAHAGIAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 7.5o UTARA SERTA 68.7o TIMUR.


KELUASAN:   MARE UNDARUM MEMPUNYAI KELUASAN DENGAN DIAMETER 245 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   MARE UNDARUM TERBENTUK DALAM MASA ERA UPPER IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.80 BILLION TAHUN HINGGA -3.20 BILLION TAHUN DAHULU. MANAKALA, KAWASAN SEKELILING MARE UNDARUM TERBENTUK DALAM ERA NECTARIAN (-3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.25 BILLION TAHUN DAHULU).


CIRI-CIRI:   MARE UNDARUM ADALAH SEBUAH 'LAUT' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'LAUT BEROMBAK' (THE SEA OF WAVES). MARE UNDARUM MEMPUNYAI 'LAUT' YANG CETEK SERTA TIDAK TERATUR DENGAN KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI UTARA MARE SPUMANS (LAUT SPUMANS); DI ANTARA KAWAH FIRMICUS DENGAN PINGGIRAN SEBELAH TIMUR PERMUKAAN BULAN.


MARE UNDARUM TERLETAK DI DALAM 'PALUNG' (TROUGH) DI ANTARA LINGKARAN PERINGKAT KE TIGA DAN LINGKARAN PERINGKAT KE EMPAT YANG TERBENTUK HASIL DARI 'HENTAMAN' YANG MENCIPTA MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM). KAWAH DUBYAGO BOLEH DICERAP DI BAHAGIAN SISI SELATAN, MANAKALA, DI BAHAGIAN SISI TIMUR-LAUT PULA TERDAPAT KAWAH CORDORCET P.


PEMERHATIAN:   MARE UNDARUM MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE DUA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELIHAT MARE UNDARUM ADALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X. DI SEBABKAN KEDUDUKAN MARE UNDARUM YANG BERADA DI PINGGIR TIMUR SISI PERMUKAAN BULAN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH DAPAT MEMBERIKAN CERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI DAN MENARIK.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI MARE UDARUM.


PENGHORMATAN:   MARE UNDARUM DINAMAKAN ATAS USAHA PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMULA SENARAI NAMA-NAMA 'TEMPAT LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN YANG DILAKUKAN OLEH MARY ADELA BLAGG. BELIAU IALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS DAN TELAH DIPILIH SEBAGAI AHLI BADAN ILMIAH (FELLOW) KEPADA 'THE ROYAL ASTRONOMICAL SOCIETY' DALAM TAHUN 1916.


MARY A.BLAGG DILAHIRKAN PADA 17hb MEI, 1858 DI CHEADLE, STAFFORDSHIRE, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 14hb APRIL, 1944 DI ENGLAND.
DALAM TAHUN 1905, MARY A.BLAGG TELAH DILANTIK OLEH 'INTERNATIONAL ASSOCIATION OF ACADEMIES' YANG BAHARU DITUBUHKAN UNTUK MEMBANGUNKAN PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMUA SENARAI NAMA-NAMA 'LANSKAP'  YANG TERDAPAT DI PERMUKAAN BULAN.


DALAM TAHUN 1920, BELIAU TELAH 'BERGABUNG' DENGAN SURUHANJAYA INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) YANG BAHARU DITUBUHKAN. MARY A.BLAGG TELAH DITUGASKAN UNTUK MENYAMBUNG KERJA DAN KAJIAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SEBELUM INI DALAM MENETAPKAN PIAWAIAN DALAM TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.


MARY A.BLAGG TELAH BEKERJA SAMA DENGAN KARL MULLER; SE ORANG PESARA PEGAWAI KERAJAAN DAN AHLI ASTRONOMI AMATUR. ATAS USAHA MARY A.BLAGG DAN KARL MULLER, MEREKA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA JILID SET BUKU DALAM TAHUN 1935 BERJUDUL "NAMED LUNAR FORMATIONS" YANG MENJADI 'PIAWAIAN' RUJUKAN KEPADA PERKARA BERKAITAN DENGAN TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.



camp.astronomy@gmail.com

Friday, August 9, 2019

RENUNGAN JUMAAT

 "...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU JADI OARNG-ORANG YANG SELALU MENEGAKKAN (KEBENARAN) KERANA ALLAH, MENJADI SAKSI DENGAN ADIL. DAN JANGANLAH SEKALI-KALI KEBENCIANMU TERHADAP SESUATU KAUM, MENDORONG KAMU UNTUK BERLAKU TIDAK ADIL. BERLAKU ADILLAH, KERANA ADIL ITU LEBIH DEKAT KEPADA TAQWA. DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.

ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH, (BAHAWA) UNTUK MEREKA AMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 8 DAN 9, JUZUK 6

Friday, August 2, 2019

RENUNGAN JUMAAT

"...HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, APABILA KAMU HENDAK MENGERJAKAN SOLAT, MAKA BASUHLAH MUKAMU DAN TANGANMU SAMPAI DENGAN SIKU, DAN SAPULAH KEPALAMU DAN (BASUH) KAKIMU SAMPAI DENGAN KEDUA MATA KAKI, DAN JIKA KAMU SAKIT ATAU DALAM PERJALANAN ATAU KEMBALI DARI TEMPAT BUANG AIR (TANDAS) ATAU MENMYENTUH PEREMPUAN, LALU KAMU TIDAK MEMPEROLEH AIR, MAKA BERTAYAMMUMLAH DENGAN TANAH YANG BAIK (BERSIH): SAPULAH MUKAMU DAN TANGANMU DENGAN TANAH ITU. ALLAH TIDAK HENDAK MENYULITKAN KAMU, TETAPI DIA HENDAK MEMBERSIHKAN KAMU DAN MENYEMPURNAKAN NIKMAT-NYA BAGIMU, SUPAYA KAMU BERSYUKUR..."


SURAH AL MAA-IDAH (HIDANGAN), AYAT 6, JUZUK 6