LACUS LENITATIS (TASIK LENITATIS - LAKE OF TENDERNESS)
KATEGORI: TASIK (LAKE / LACUS)
LOKASI: LACUS LENITATIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. LACUS LENITATIS BERADA DI DALAM KAWASAN 'TERRA NIVIUM' (THE LAND OF SNOWS) ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI 'TANAH YANG BERSALJI' KOORDINAT LACUS LENITATIS ADALAH 14.3O UTARA DAN 12.3O TIMUR. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.
KELUASAN: LACUS LENITATIS BERKELUASAN DIAMETER 78 KM.
ERA PEMBENTUKAN: LACUS LENITATIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: LACUS LENITATIS ADALAH SEBUAH TASIK YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'LAKE OF SOFTNESS' (TASIK KELEMBUTAN). DI BAHAGIAN UTARA LACUS LENITATIS TERDAPAT LACUS GAUDII. MANAKALA, LACUS HIEMALIS TERLETAK DI SEBELAH TIMUR BERDEKATAN DENGAN KAWAH MANILIUS X. DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH MANILIUS K SERTA KAWAH BOSCOVICH. DI TENGGARA LACUS LENITATIS, TERLETAK SINUS HONORIS, KAWAH JULIUS CAESAR DAN KAWAH SOSIGENES SERTA BEBERAPA KAWAH KECIL SEPERTI KAWAH MANILIUS Q, MANILIUS P DAN KAWAH MANILIUS G. KAWAH MANILIUS TERLETAK DI BARAT LACUS LENITATIS BERHAMPIRAN DENGAN MARE VAPORUM. MANAKALA, LACUS DOLORIS PULA BERADA DI SEBELAH BARAT-LAUT.
PEMERHATIAN: LACUS LENITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP 6 HARI SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP LACUS LENITATIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS LENITATIS.