Friday, May 25, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SEGALA SESUATU YANG TELAH MEREKA PERBUAT TERCATAT DALAM BUKU-BUKU CATATAN.

DAN SEGALA (URUSAN) YANG KECIL MAHUPUN YANG BESAR ADALAH TERTULIS.

SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA ITU DI DALAM TAMAN-TAMAN DAN SUNGAI-SUNGAI, 

DI TEMPAT YANG DISENANGI DISISI TUHAN YANG BERKUASA..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 52 HINGGAA 55, JUZUK 27

Friday, May 18, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTKAN SEGALA SESUATU MENURUT UKURAN.

DAN PERINTAH KAMI HANYALAH SATU PERKATAAN SEPERTI KEJAPAN MATA.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI BINASAKAN ORANG YANG SERUPA DENGAN KAMU. MAKA ADAKAH ORANG YANG MAHU MENGAMBIL PELAJARAN?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 49 HINGGA 51, JUZUK 27

Monday, May 14, 2018

MENGENALI BULAN

LACUS EXCELLENTIAE  (TASIK EXCELLENCE -  THE LAKE OF EXCELLENCE)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS EXCELLENTIAE TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS EXCELLENTIAE ADALAH 44.0O BARAT DAN 35.4O SELATAN. IA BERADA DI KAWASAN SCHICKARD CRATER REGION.


KELUASAN:   LACUS EXCELLENTIAE MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 184 KM.

ERA PEMBENTUKAN:   LACUS EXCELLENTIAE TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS EXCELLENTIAE ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK KECEMERLANGAN' (THE LAKE OF EXCELLENCE) MERUPAKAN SEBUAH 'TASIK' YANG AGAK KECIL DENGAN BENTUK YANG TIDAK SAMA ATAU 'JANGGAL'. IA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN LATITUD BULAN DENGAN KEDUDUKAN DI TENGAH KAWASAN YANG TIDAK RATA DAN 'KASAR' (RUGGED TERRAIN) KE SELATAN MARE HUMORUM.
DI BAHAGIAN UTARA LACUS EXCELLENTIAE TERDAPAT KAWAH VITELLO, KAWAH LEE, KAWAH DOPPELMAYER SERTA MARE HUMORUM DAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG KECIL. DI SEBELAH BARAT PULA TERDAPAT KAWAH-KAWAH KECIL  SEPERTI KAWAH LACROIX, KAWAH LEHMANN, KAWAH PLAZZI C DAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN.
DI BAHAGIAN SELATAN TERDAPAT KAWAH SCHICKARD YANG LUAS, KAWAH DREBBEL, KAWAH PHOCYLIDES, KAWAH NOGGERATH SERTA KAWAH-KAWAH YANG LEBIH KECIL. DI SEBELAH TIMUR, TERDAPAT LACUS TIMORIS, PALUS EPIDEMIARUM (RAWA ATAU KAWASAN BERPAYA), KAWAH CAPUANUS, KAWAH MERCATOR SERTA MARE NUBIUM DAN KAWAH-KAWAH YANG KECIL DI PERSEKITARAN PERMUKAAN BULAN.


PEMERHATIAN:   LACUS EXCELLENTIAE MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS EXCELLENTIAE, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, DISEBABKAN KEDUDUKAN LACUS EXCELLENTIAE YANG AGAK KE PINGGIRAN BULAN, IA AKAN MENJADI LEBIH MENARIK JIKA TELESKOP DIGUNAKAN DALAM PENCERAPAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS EXCELLENTIAE. TETAPI, IA TELAH MENJADI TEMPAT DI MANA 'LUNAR ORBITER' SMART-1 'DIHEMPASKAN' DI PERMUKAAN BULAN. IA BERLAKU PADA SEPTEMBER 3hb, 2006.
SMART-1 ADALAH 'KAPAL PENEROKA' YANG DIREKA OLEH SWEDEN BAGI AGENSI ANGKASA EROPAH (EUROPEAN SPACE AGENCY - ESA). IA DILANCARKAN PADA 27hb SEPTEMBER, 2003 PADA JAM 23:14 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME) DARI GUIANA SPACE CENTRE DI KOUROU, FRENCH GUIANA.
SMART-1 MERUPAKAN MISI PERTAMA PENEROKAAN BULAN BAGI ESA DENGAN TUJUAN UNTUK MENGKAJI DAN MENYIASAT ELEMEN KIMIA YANG TERDAPAT DI DALAM PERMUKAAN BULAN. MISI SMART-1 DIANGGAP BERJAYA DARI SEGI TEKNIKAL DAN DARI SEGI SAINS DALAM MENCAPAI MATLAMAT PENEROKAAN. SMART-1 TELAH BERADA DI ANGKASA SELAMA 2 TAHUN, 11 BULAN, 6 HARI, 27 MINIT DAN 36 SAAT SEBELUM IA 'DIHEMPASKAN' KE PERMUKAAN BULAN.






camp.astronomy@gmail.com


Friday, May 11, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SEBENARNYA HARI KIAMAT ITULAH HARI YANG DIJANJIKAN KEPADA MEREKA DAN KIAMAT ITU LEBIH DAHSYAT DAN LEBIH PAHIT.

SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERDOSA BERADA DALAM KESESATAN (DI DUNIA) DAN DALAM NERAKA.

(INGATLAH) PADA HARI MEREKA DISERET KE NERAKA ATAS MUKA MEREKA. (DIKATAKAN KEPADA MEREKA): "RASAKANLAH SENTUHAN API NERAKA"..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 46 HINGGA 48, JUZUK 27

Friday, May 4, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SESUNGGUHNYA TELAH DATANG KEPADA KAUM FIR'AUN ANCAMAN-ANCAMAN.

MEREKA MENDUSTAKAN MUKJIZAT-MUKJIZAT KAMI KESEMUANYA, LALU KAMI AZAB MEREKA SEBAGAI AZAB DARI YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA KUASA..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 41 DAN 42, JUZUK 27