Friday, April 27, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA RASAKANLAH AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MUDAHKAN AL QURAAN UNTUK PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MENGAMBIL PELAJARAN?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 39 DAN 40, JUZUK 27

Friday, April 20, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MEMBUJUKNYA (AGAR MENYERAHKAN) TAMUNYA KEPADA MEREKA, LALU KAMI BUTAKAN MATA MEREKA, MAKA RASAKANLAH AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU

DAN SESUNGGUHNYA PADA ESOK HARINYA MEREKA DITIMPA AZAB YANG KEKAL..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 37 DAN 38, JUZUK 27

Friday, April 13, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SEBAGAI NIKMAT DARI KAMI. DEMIKIANLAH KAMI MEMBERI BALASAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR.

DAN SESUNGGUHNYA DIA (LUTH) TELAH MEMPERINGATKAN MEREKA AKAN AZAB-AZAB KAMI, MAKA MEREKA MENDUSTAKAN ANCAMAN-ANCAMAN ITU..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 35 DAN 36, JUZUK 27

Monday, April 9, 2018

MENGENALI BULAN

LACUS TIMORIS  (TASIK TIMORIS - LAKE OF FEAR)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS TIMORIS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS TIMORIS IALAH 27.9O BARAT SERTA 39.4O SELATAN. IA BERADA DI BARAT-LAUT KAWAH TYCHO REGION.


KELUASAN:   LACUS TIMORIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 154 km.


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS TIMORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS TIMORIS YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK KETAKUTAN' (THE LAKE OF FEAR) MERUPAKAN SUATU KAWASAN YANG KEHITAMAN DAN MEMANJANG PADA BENTUKNYA DARI TENGGARA KE BARAT-DAYA. IA DI KELILINGI OLEH GUNUNG-GANANG DAN HAMPIR DIPISAHKAN KEPADA DUA BAHAGIAN OLEH TEBING GUNUNG YANG MEMANJANG DARI KAWAH CAPUANUS.


DI BAHAGIAN UTARA TERDAPAT PALUS EPIDEMIARUM (RAWA ATAU KAWASAN BERPAYA), MARE NUBIUM, KAWAH CAPUANUS, KAWAH CICHUS, KAWAH WIESS, KAWAH HALDINGER SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN. MANAKALA, DI BAHAGIAN TIMUR TERDAPAT KAWAH WURZELBAUER, KAWAH WILHELM, KAWAH LAGALLA, KAWAH MONTANARI, KAWAH LONGOMONTANUS SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN YANG BERSAIZ KECIL.


DI SEBELAH BARAT, TERDAPAT LACUS EXCELLENTIAE, KAWAH CLAUSIUS, KAWAH VITELLO, KAWAH LEE SERTA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN. MANAKALA, DI SEBELAH SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH EPIMENIDES, KAWAH HAINZEL, KAWAH MEE, SERTA KAWAH SCHILLER YANG AGAK BESAR.


PEMERHATIAN:   LACUS TIMORIS DAPAT DICERAP PADA HARI KEDUA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) SEHINGGA SEHARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS TIMORIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS TIMORIS.

PENGHORMATAN:   LACUS TIMORIS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) PADA TAHUN 1976 SEMASA MESYUARAT YANG DIADAKAN DI GRENOBLE, PERANCHIS.


camp.astronomy@gmail.com












Friday, April 6, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...KAUM LUTHPUN TELAH MENDUSTAKAN ANCAMAN-ANCAMAN (NABINYA).

SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGHEMBUSKAN KEPADA MEREKA ANGIN YANG MEMBAWA BATU-BATU (YANG MENIMPA MEREKA), KECUALI KELUARGA LUTH. MEREKA KAMI SELAMATKAN DI WAKTU SEBELUM FAJAR MENYINGSING..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 33 DAN 34, JUZUK 27