Friday, March 30, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA KAMI MENIMPAKAN ATAS MEREKA SATU SUARA YANG KERAS MENGGUNTUR, MAKA JADILAH MEREKA SEPERTI RUMPUT-RUMPUT KERING (YANG DIKUMPULKAN OLEH) YANG PUNYA KANDANG BINATANG.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MUDAHKAN AL QURAAN UNTUK PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MAHU MENGAMBIL PELAJARAN?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 31 DAN 32, JUZUK 27

Friday, March 23, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA MEREKA MEMANGGIL KAWANNYA, LALU KAWANNYA MENANGKAP (UNTA ITU) DAN MEMBUNUHNYA.

ALANGKAH DAHSYATNYA AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 29 DAN 30, JUZUK 27

Friday, March 16, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENGIRIMKAN UNTA BETINA SEBAGAI CUBAAN BAGI MEREKA, MAKA TUNGGUILAH (TINDAKAN) MEREKA DAN BERSABARLAH.

DAN BERITAKANLAH KEPADA MEREKA BAHAWA SESUNGGUHNYA AIR ITU TERBAHAGI ANTARA MEREKA  (DENGAN UNTA BETINA ITU); TIAP-TIAP GILIRAN MINUM DIHADIRI (OLEH YANG PUNYA GILIRAN)..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 27 DAN 28, JUZUK 27

Monday, March 12, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS BONITATIS  (TASIK BONITATIS -  LAKE OF GOODNESS)

KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS BONITATIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS BONITATIS ADALAH 44.0O TIMUR DAN 23.0O UTARA. IA BERADA DI UTARA MARE TRANQUALITATIS REGION.


KELUASAN:   LACUS BONITATIS MEMPUNYAI KELUASAN DENGAN DIAMETER 122 KM YANG MERUPAKAN DIMENSI ARAH TERPANJANG DARI BARAT-DAYA HINGGA KE TIMUR-LAUT. 


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS BONITATIS TERBENTUK PADA MASA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS BONITATIS ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK KEBAIKAN' (THE LAKE OF GOODNESS) MERUPAKAN SEBUAH 'TASIK' YANG KECIL YANG TERLETAK DI BARAT-LAUT KAWAH MACROBIUS YANG AGAK MENONJOL DI KAWASAN INI. 


DI BAHAGIAN UTARA LACUS BONITATIS TERDAPAT MONTES TAURUS (BANJARAN TAURUS) YANG MENGUNJUR HINGGA KE SELATAN MEMISAHKAN LACUS BONITATIS DARI SINUS AMORIS. SELAIN ITU, KAWAH ROMER DAN KAWAH MACROBIUS W SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL BERADA DI BAHAGIAN UTARA. MANAKALA DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT SINUS AMORIS, KAWAH ESCIANGON, KAWAH HILL, KAWAH CARMICHAEL BESERTA DENGAN KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN.


DI SEBELAH TIMUR PULA, KAWAH CLEOMEDES, KAWAH DEBES, KAWAH TISSERAND SERTA MARE CRISIUM DAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN. MANAKALA, DI SEBELAH SELATAN LACUS BONITATIS, TERDAPAT KAWAH MACROBIUS YANG BESAR, KAWAH FREDHOIM, KAWAH PROCIUS SERTA PALUS SOMNI (RAWA ATAU KAWASAN BERPAYA) BERSAMA DENGAN KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN.


PEMERHATIAN:   LACUS BONITATIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 4 SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE 3 SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:   DISEBABKAN KEDUDUKAN LACUS BONITATIS YANG BERADA DI KAWASAN BERHAMPIRAN DENGAN PINGGIRAN BULAN, UNTUK MENCERAP LACUS BONITATIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR'  BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS BONITATIS.


PENGHORMATAN:   LACUS BONITATIS DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, March 9, 2018

RENUNGAN JUMAAT

"...APAKAH WAHYU ITU DITURUNKAN KEPADANYA DI ANTARA KITA? SEBENARNYA DIA ADALAH SEORANG YANG AMAT PENDUSTA LAGI SOMBONG".

KELAK MEREKA AKAN MENGETAHUI SIAPAKAH YANG SEBENARNYA AMAT PENDUSTA LAGI SOMBONG..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 25 DAN 26, JUZUK 27 

Friday, March 2, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...KAUM TSAMUDPUN TELAH MENDUSTAKAN ANCAMAN-ANCAMAN (ITU).

MAKA MEREKA BERKATA: "BAGAIMANA KITA AKAN MENGIKUTI SAHAJA SEORANG MANUSIA (BIASA) DI ANTARA KITA? SESUNGGUHNYA KALAU KITA BEGITU BENAR-BENAR BERADA DALAM KEADAAN SESAT DAN GILA?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 23 DAN 24, JUZUK 27