LACUS MORTIS (TASIK MORTIS - LAKE OF DEATH)
KATEGORI: TASIK (LAKE ATAU LACUS)
LOKASI: LACUS MORTIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS MORTIS IALAH 27.32O TIMUR DAN 45.13O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT MARE SERENITATIS.
KELUASAN: LACUS MORTIS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 158.78 KM DENGAN KELUASAN 21,000 KM PERSEGI.
ERA PEMBENTUKAN: LACUS MORTIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU ANTARA -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: LACUS MORTIS ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK KEMATIAN' (THE LAKE OF DEATH) MERUPAKAN 'TASIK' YANG BERBENTUK SEGI ENAM (HEXAGONAL-SHAPE) YANG BERADA DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. LACUS MORTIS DIPISAHKAN DARI MARE FRIGORIS (LAUT FRIGORIS) YANG BERADA DI UTARA OLEH JARINGAN PERMUKAAN TANAH YANG TIDAK RATA DAN 'KASAR' YANG MENGHUBUNGKAN LACUS MORTIS KE KAWASAN YANG 'TERLAMPAU KASAR' (EXTREME) DI SEBELAH TIMUR. SELAIN ITU, TERDAPAT KAWAH BAILY SERTA KAWAH BAILY A DI UTARA LACUS MORTIS.
DI BAHAGIAN SELATAN, LACUS MORTIS JUGA TERPISAH OLEH KAWAH PLANA DAN KAWAH MASON YANG BERCANTUM DARIPADA LACUS SOMNIORUM. MALAH, JALUR PERMUKAAN YANG 'KASAR' DAN TIDAK RATA JUGA MEMISAHKAN DARI KAWASAN DI BAHAGIAN SELATAN LACUS MORTIS. DI SEBELAH BARAT, TERDAPAT KAWAH EUDOXUS, KAWAH ARISTOTELES, KAWAH MITCHELL, KAWAH ALEXANDER SERTA MONTES CAUCASUS (BANJARAN CAUCASUS). MANAKALA, DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH HERCULES, KAWAH ATLAS, KAWAH KELDYSH SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG BERSAIZ KECIL YANG LAIN.
LANTAI LACUS MORTIS MEMPUNYAI KAWAH BURG YANG BERDIAMETER 40 KM. SELAIN ITU, TERDAPAT SEPASANG RABUNG (RIDGES) MENJALAR DARI UTARA KE SELATAN KAWAH BURG HINGGA KE PINGGIR BINGKAI LACUS MORTIS. MALAH TERDAPAT RIMAE BURG (SALURAN SUNGAI BURG) SEPANJANG 140 KM DI BAHAGIAN BARAT-DAYA LANTAI LACUS MORTIS.
PEMERHATIAN: LACUS MORTIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP LACUS MORTIS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, BAGI MENDAPATKAN CERAPAN YANG LEBIH MENGAGUMKAN, TELESKOP BERKUASA RENDAH DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS MORTIS.
PENGHORMATAN: LACUS GAUDII TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).