Friday, January 26, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA ALANGKAH DAHSYATNYA AZAB-KU DAN ANCAMAN-ANCAMAN-KU.

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MUDAHKAN AL-QURAAN UNTUK PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MENGAMBIL PELAJARAN?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 16 DAN 17, JUZUK 27

Friday, January 19, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...DAN KAMI ANGKAT NUH KE ATAS (BAHTERA) YANG TERBUAT DARI PAPAN DAN PAKU,

YANG BELAYAR DENGAN PEMELIHARAAN KAMI SEBAGAI BALASAN BAGI ORANG-ORANG YANG DIINGKARI (NUH).

DAN SESUNGGUHNYA TELAH KAMI JADIKAN KAPAL ITU SEBAGAI PELAJARAN, MAKA ADAKAH ORANG YANG MAHU MENGAMBIL PELAJARAN?..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 13 HINGGA 15, JUZUK 27

Friday, January 12, 2018

RENUNGAN JUMAAT

 "...MAKA KAMI BUKAKAN PINTU-PINTU LANGIT DENGAN (MENURUNKAN) AIR YANG TERCURAH.

DAN KAMI JADIKAN BUMI MEMANCARKAN MATA AIR-MATA AIR MAKA BERTEMULAH AIR-AIR ITU UNTUK SATU URUSAN YANG SUNGGUH TELAH DITETAPKAN..."


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 11 DAN 12, JUZUK 27

Monday, January 8, 2018

MENGENALI BULAN

 LACUS PERSEVERANTIAE  (TASIK PERSEVERANTIAE -  THE LAKE OF PERSISTENCE)


KATEGORI:   TASIK (LAKE ATAU LACUS)


LOKASI:   LACUS PERSEVERANTIAE TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS PERSEVERANTIAE IALAH 62.0O TIMUR SERTA 8.0O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR SEBELAH TIMUR PERMUKAAN BULAN.


KELUASAN:   LACUS PERSEVERANTIAE MEMPUNYAI KEPANJANGAN 70 KM DENGAN KELEBARAN KURANG DARIPADA 15 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   LACUS PERSEVERANTIAE TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   LACUS PERSEVERANTIAE ADALAH SEBUAH 'TASIK' YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'TASIK KETABAHAN' (THE LAKE OF PERSISTENCE) MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG BERBENTUK MEMANJANG DENGAN KAWASAN YANG RATA BERWARNA KEHITAMAN. IA MENGUNJUR KE BARAT DARI SEBELAH BARAT-LAUT LUARAN KAWAH FIRMICUS DENGAN UNJURAN TERSEBUT BERLARUTAN KE TIMUR-LAUT DAN BARAT-LAUT DENGAN PENAMATAN BERAKHIR DI BAHAGIAN TIMUR.


DI BAHAGIAN UTARA TERDAPAT BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL SEPERTI KAWAH SHAPLEY, KAWAH TEBBUTT SERTA MARE CRISIUM. DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT KAWAH ASADA, KAWAH ABBOT, KAWAH CAMERON, KAWAH TARUNTIUS, SERTA MARE FECUNDITATTIS.


DI BAHAGIAN SELATAN TERDAPAT KAWAH FIRMICUS, KAWAH APOLLONIUS, KAWAH DALY, KAWAH TOWNLEY SERTA SINUS SUCCESSUS. DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH VAN ALBADA, KAWAH AUZOUT, KAWAH CONDORCET, KAWAH KROGH, SERTA MARE UNDARUM.


PEMERHATIAN:   LACUS PERSEVERANTIAE DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) SEHINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP LACUS PERSEVERANTIAE, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 100 mm DIPERLUKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS PERSEVERANTIAE.


PENGHORMATAN:   LACUS PERSEVERANTIAE TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DISENARAIKAN DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1979.


camp.astronomy@gmail.com


Friday, January 5, 2018

RENUNGAN JUMAAT

"...SEBELUM MEREKA, TELAH MENDUSTAKAN (PULA) KAUM NUH MAKA MERAKA MENDUSTAKAN HAMBA KAMI (NUH) DAN MENGATAKAN: "DIA SEORANG GILA DAN DIA SUDAH PERNAH DIBERI ANCAMAN".

MAKA DIA MENGADU KEPADA TUHANNYA: "BAHAWASANYA AKU INI ADALAH ORANG YANG DIKALAHKAN, OLEH SEBAB ITU MENANGKANLAH (AKU)"..." 


SURAH AL QAMAR (BULAN), AYAT 9 DAN 10, JUZUK 27