SINUS SUCCESSUS (TELUK SUCCESSUS - THE BAY OF SUCCESS)
KATEGORI: TELUK (BAY ATAU SINUS)
LOKASI: SINUS SUCCESSUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS SUCCESSUS IALAH 59.0O TIMUR SERTA 0.9O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR BAHAGIAN TIMUR BULAN.
KELUASAN: SINUS SUCCESSUS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 132 KM.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS SUCCESSUS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS SUCCESSUS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK KEJAYAAN' (THE BAY OF SUCCESS) MERUPAKAN SEBUAH TELUK YANG BERKEADAAN LUARAN YANG MEMBONJOL TELAH MENYEBABKAN IANYA KELIHATAN SEPERTI BENTUK SEBUAH TELUK. SINUS SUCCESSUS BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE FECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS).
DI BAHAGIAN UTARA SINUS SUCCESSUS TERDAPAT KAWAH APOLLONIUS, KAWAH DALY, KAWAH ABBOT, KAWAH FIRMICUS, LACUS PERSEVERANTIAE (TASIK PERSEVERANTIAE), MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM) SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN. DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT MARE FECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS) YANG LUAS DENGAN BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG KECIL DI DALAMNYA.
DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH LANGRENUS, KAWAH NAONOBU, KAWAH ATWOOD, KAWAH BILHART SERTA MARE FRECUNDITATIS (LAUT FECUNDITATIS). MANAKALA, DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT KAWAH WEBB, KAWAH CONDON, KAWAH POMORTSEV, KAWAH STEWART, KAWAH MACLAURIN SERTA MARE SPUMANS (LAUT SPUMANS).
PEMERHATIAN: SINUS SUCCESSUS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP SINUS SUCCESSUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAP YANG LEBIH MENARIK DAN TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIADA SEBARANG PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS SUCCESSUS. TETAPI, KAWASAN PERMUKAAN BULAN DI BARAT-LAUT SINUS SUCCESSUS PERNAH MENJADI TEMPAT "PENDARATAN" 'KAPAL PENEROKA' SOVIET UNION RUSSIA IAITU LUNA 18 DAN JUGA LUNA 20. LUNA 18 'TERHEMPAS' PADA 11hb SEPTEMBER, 1971. MANAKALA, LUNA 20 TELAH SELAMAT MENDARAT PADA 21hb FEBRUARI, 1972 DI KAWASAN BERHAMPIRAN DENGAN TERRA APOLLONIUS (KAWASAN PERGUNUNGAN APOLLONIUS).
PENGHORMATAN: SINUS SUCCESSUS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1979.