SINUS MEDII (TELUK MEDII - CENTRAL BAY)
KATEGORI: TELUK (BAY ATAU SINUS)
LOKASI: SINUS MEDII TERLETAK DI TENGAH-TENGAH PERMUKAAN BULAN YANG DAPAT DILIHAT DARI BUMI. IA BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT PADA KOORDINAT 1.0O TIMUR DAN 1.6O UTARA. SINUS MEDII MENGHUBUNGKAN MARE INSULARUM DI SEBELAH BARAT DENGAN MARE VAPORUM DI SEBELAH UTARA.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS MEDII TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS MEDII ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'TELUK PERTENGAHAN' (THE CENTRAL BAY) YANG MANA KEDUDUKAN SINUS MEDII BERADA DI POSISI 'TENGAH' PERMUKAAN BULAN IAITU POSISI DI MANA 'PERTEMUAN' ANTARA GARISAN 'EQUATOR' BULAN DENGAN GARISAN 'PRIME MERIDIAN' BULAN SEPERTI YANG KELIHATAN DARI BUMI. SINUS MEDII 'BERCANTUM' DENGAN MARE INSULARUM (LAUT INSULARUM) DI BAHAGIAN BARAT, MANAKALA, IA 'BERCANTUM' DENGAN MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM) DI BAHAGIAN UTARA. DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT 'SISTEM SALIRAN SUNGAI' (RILLE SYSTEM) YANG KETARA. AGAK JAUH DI TIMUR-LAUT TERDAPAT RIMA HYGINUS (SUNGAI HYGINUS) YANG YANG TERBAHAGI KEPADA DUA OLEH KAWAH HYGINUS.
TERDAPAT JUGA SISTEM SALIRAN RIMA ARIADAEUS (SUNGAI ARIADAEUS) YANG MENGALIR SEPANJANG 220 KM DARI TIMUR KE BARAT SEHINGGA KE PINGGIRAN MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS). SALIRAN SISTEM RIMA TRIESNECKER (SUNGAI TRIESNECKER) YANG BERADA DI BAHAGIAN BARAT PULA MENDAPAT NAMA DARI KAWAH TRIESNECKER. DI TEPI SEBELAH UTARA, SINUS MEDII TERBENTUK DARI KAWASAN PERGUNUNGAN DENGAN KAWAH MURCHISON DAN KAWAH PALLAS. BERDEKATAN DENGAN SEMPADAN DI SEBELAH BARAT PULA TERDAPAT KAWAH CHLADNI YANG BERBENTUK SEBIJI CAWAN. KAWASAN PERGUNUNGAN JUGA TERLETAK DI BAHAGIAN SELATAN DAN TENGGARA SINUS MEDII.
TERDAPAT BEBERAPA KAWAH-KAWAH DI SEPANJANG SEMPADAN DENGAN KAWAH FLAMMARION DI SEBELAH BARAT, MANAKALA, KAWAH OPPOLZER, KAWAH REAUMUR, DAN KAWAH SEELIGOR TERLETAK AGAK JAUH DI SEBELAH TIMUR. SISTEM SALIRAN RIMA FLAMMARION (SUNGAI FLAMMARION) DAN RIMA OPPOLZER (SUNGAI OPPOLZER) TERLETAK SEPANJANG PINGGIR BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH MASING-MASING. SEPANJANG SEMPADAN DI BAHAGIAN TENGGARA, KAWAH RHAETICUS 'MEMBAHAGIKAN' GARISAN 'PRIME MERIDIAN' BULAN KEPADA DUA. DI SEBELAH BARAT, TERDAPAT KAWAH BRUCE DAN KAWAH BLAGG. BERHAMPIRAN BAHAGIAN HUJUNG SEBELAH BARAT, TERDAPAT KAWAH SCHROTER DAN KAWAH SOMMERING.
PEMERHATIAN: SINUS MEDII MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN: SINUS MEDII ADALAH SUATU LANSKAP YANG SUNGGUH MENARIK. UNTUK MENCERAP SINUS MEDII, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK MENDAPATKAN CERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI, DIGALAKKAN MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA RENDAH BAGI MENIKMATI KEINDAHAN LANSKAP INI.
PENEROKAAN:
TERDAPAT DUA MISI YANG DILANCARKAN UNTUK MENEROKA SINUS MEDII.
~ MISI PERTAMA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 4' YANG DILANCARKAN PADA 14hb, JULAI. 1967 DARI CAPE CANAVERAL LC-36A PADA JAM 11:53:29 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME). NAMUN, MISI INI GAGAL APABILA 'SURVEYOR 4' TERHEMPAS KE PERMUKAAN BULAN PADA KOORDINAT 0.45O UTARA DAN 1.39O BARAT PADA 17hb JULAI, 1967 PADA JAM 02:02:30 WAKTU UTC. IA TERPUTUS PERHUBUNGAN DENGAN 'PUSAT KAWALAN' DI BUMI 2.5 MINIT SEBELUM DIJANGKAKAN MENDARAT. LETUPAN PADA 'ROKET RETRO' BAHAN API KEMUNGKINAN MENYEBABKAN KAPAL ANGKASA SURVEYOR 4 TERHEMPAS.
TERDAPAT DUA MISI YANG DILANCARKAN UNTUK MENEROKA SINUS MEDII.
~ MISI PERTAMA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 4' YANG DILANCARKAN PADA 14hb, JULAI. 1967 DARI CAPE CANAVERAL LC-36A PADA JAM 11:53:29 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME). NAMUN, MISI INI GAGAL APABILA 'SURVEYOR 4' TERHEMPAS KE PERMUKAAN BULAN PADA KOORDINAT 0.45O UTARA DAN 1.39O BARAT PADA 17hb JULAI, 1967 PADA JAM 02:02:30 WAKTU UTC. IA TERPUTUS PERHUBUNGAN DENGAN 'PUSAT KAWALAN' DI BUMI 2.5 MINIT SEBELUM DIJANGKAKAN MENDARAT. LETUPAN PADA 'ROKET RETRO' BAHAN API KEMUNGKINAN MENYEBABKAN KAPAL ANGKASA SURVEYOR 4 TERHEMPAS.
~ MISI KEDUA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 6' YANG TELAH DILANCARKAN PADA 7hb, NOVEMBER. 1967 DARI CAPE CANAVERAL L36B PADA JAM 07:39:00 WAKTU UTC (COORDINATED UNIVERSAL TIME). IA BERJAYA MENDARAT DI KOORDINAT 0.5O UTARA DAN 1.4O BARAT PADA 10hb, NOVEMBER. 1967 PADA JAM 01:01:06 WAKTU UTC. 'SURVEYOR 6' BERJAYA MENGHARUNGI SITUASI MALAM DI BULAN SELAMA 2 MINGGU. PADA 24hb NOVEMBER, 1967, SURVEYOR 6 TERPAKSA DI'MATIKAN' SELAMA 2 MINGGU SEMASA 'MALAM' (LUNAR NIGHT) DI BULAN. CUBAAN UNTUK 'BERHUBUNG' SEMULA DENGAN SURVEYOR 6 PADA 14hb DISEMBER, 1967 TIDAK BERJAYA UNTUK 'MENGHIDUPKAN' SEMULA ENJIN SURVEYOR 6. SEJUMLAH 30,027 IMEJ TELAH BERJAYA DIHANTAR KE BUMI. MISI SURVEYOR 6 SELAMA 37 HARI DIANGGAP BERJAYA.
PENGHORMATAN: SINUS MEDII TELAH DINAMAKAN 'INSULA MEDILUNARIA' (THE MIDDLEMOON ISLAND) OLEH WILLIAM GILBERT, IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS. WILLIAM GILBERT DILAHIRKAN PADA 24hb MEI, 1544 DI COLCESTER, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 30hb NOVEMBER, 1603 DI LONDON, ENGLAND KETIKA BERUSIA 59 TAHUN.
NAMUN, IDEA UNTUK NAMA SINUS MEDII YANG DIGUNAKAN SEKARANG TELAH DINAMAKAN OLEH MICHEAL VAN LANGREN, YANG MENAMAKAN DENGAN 'SINUS MEDIUS' PADA TAHUN 1645. MICHEAL VAN LANGREN DILAHIRKAN PADA 27hb APRIL 1598 DI AMSTERDAM, BELANDA DAN BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA MEI, 1675 DI BRUSSELS, BELANDA PADA USIA 75 TAHUN. BELIAU ADALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN JUGA AHLI DI DALAM BIDANG ILMU PEMETAAN (CARTOGRAPHER). DALAM TAHUN 1645, BELIAU TELAH MENCETAK PETA BULAN YANG PERTAMA LENGKAP DENGAN TATANAMA LANSKAP DI PERMUKAAN BULAN.