SINUS IRIDUM (TELUK IRIDUM - THE BAY OF RAINBOWS)
KATEGORI: TELUK (BAY ATAU SINUS)
LOKASI: SINUS IRIDUM TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS IRIDUM ADALAH 31.7O BARAT DAN 45.0O UTARA. IA BERADA DI BARAT-LAUT MARE IMBRIUM.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS IRIDUM TERBENTUK PADA ERA UPPER-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.8 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS IRIDUM ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK PELANGI' (THE BAY OF RAINBOWS) YANG MERUPAKAN SEBUAH KAWASAN LAPANG YANG TERBENTUK DARI SAMBUNGAN KEPADA MARE IMBRIUM. IANYA DIKELILINGI OLEH PERGUNUNGAN MONTES JURA (BANJARAN JURA) DARI TIMUR-LAUT HINGGA KE BARAT-DAYA. DI PENGHUJUNG BANJARAN DI SEBELAH BARAT-DAYA TERDAPAT PROMONTORIUM HERACLIDES (TANJUNG HERACLIDES), MANAKALA, DI PENGHUJUNG BANJARAN DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT TERDAPAT PROMONTORIUM LAPLACE (TANJUNG LAPLACE).
SINUS IRIDUM DAN KAWASAN SEKELILING PERGUNUNGAN MERUPAKAN KAWASAN YANG DIAKUI SEBAGAI LANSKAP YANG PALING MENARIK DAN TERCANTIK DI PERMUKAAN BULAN. IANYA MENJADI TARIKAN KEPADA PEMERHATI DAN PENCERAP BULAN. SINUS IRIDUM TERBENTUK DARIPADA SAKI-BAKI TINGGALAN KAWAH KESAN 'HENTAMAN' (IMPACT CRATER) YANG KEMUDIANNYA DILIMPAHI OLEH LAVA 'BASALTIK' (SEJENIS GALIAN DARI GUNUNG BERAPI) DAN SETERUSNYA MEMBANJIRI KAWASAN DISEKELILING 'DINDING' TERSEBUT.
PEMERHATIAN: SINUS IRIDUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE DUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP SINUS IRIDUM, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, BAGI MENDAPATKAN PENCERAPAN YANG TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS IRIDUM.
PENGHORMATAN: SINUS IRIDUM DINAMAKAN ATAS USAHA PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMULA SENARAI NAMA-NAMA 'TEMPAT LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN YANG DILAKUKAN OLEH MARY ADELA BLAGG. BELIAU IALAH SE ORANG AHLI ASTRONOMI INGGERIS DAN TELAH DIPILIH SEBAGAI AHLI BADAN ILMIAH (FELLOW) KEPADA 'THE ROYAL ASTRONOMICAL SOCIETY' DALAM TAHUN 1916.
MARY A.BLAGG DILAHIRKAN PADA 17hb MEI, 1858 DI CHEADLE, STAFFORDSHIRE, ENGLAND. BELIAU MENINGGAL DUNIA PADA 14hb APRIL, 1944 DI ENGLAND.
DALAM TAHUN 1905, MARY A.BLAGG TELAH DILANTIK OLEH 'INTERNATIONAL ASSOCIATION OF ACADEMIES' YANG BAHARU DITUBUHKAN UNTUK MEMBANGUNKAN PENGUMPULAN DAN PENYUSUNAN SEMUA SENARAI NAMA-NAMA 'LANSKAP' YANG TERDAPAT DI PERMUKAAN BULAN.
DALAM TAHUN 1920, BELIAU TELAH 'BERGABUNG' DENGAN SURUHANJAYA INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) YANG BAHARU DITUBUHKAN. MARY A.BLAGG TELAH DITUGASKAN UNTUK MENYAMBUNG KERJA DAN KAJIAN YANG TELAH BELIAU LAKUKAN SEBELUM INI DALAM MENETAPKAN PIAWAIAN DALAM TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.
MARY A.BLAGG TELAH BEKERJA SAMA DENGAN KARL MULLER; SE ORANG PESARA PEGAWAI KERAJAAN DAN AHLI ASTRONOMI AMATUR. ATAS USAHA MARY A.BLAGG DAN KARL MULLER, MEREKA TELAH BERJAYA MENGHASILKAN DUA JILID SET BUKU DALAM TAHUN 1935 BERJUDUL "NAMED LUNAR FORMATIONS" YANG MENJADI 'PIAWAIAN' RUJUKAN KEPADA PERKARA BERKAITAN DENGAN TATANAMA 'LANSKAP' DI PERMUKAAN BULAN.