SINUS HONORIS (TELUK HONORIS - THE BAY OF HONOUR)
KATEGORI: TASIK (BAY ATAU SINUS)
LOKASI: SINUS HONORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS HONORIS IALAH 17.9O TIMUR DAN 11.7O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE TRANQUILITATIS.
ERA PEMBENTUKAN: SINUS HONORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI: SINUS HONORIS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK PENGHORMATAN' (THE BAY OF HONOUR) YANG MERUPAKAN 'TELUK' YANG TERLETAK DI BAHAGIAN BARAT PINGGIR MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS).
DI BAHAGIAN UTARA TERDAPAT MONTES HAEMUS (BANJARAN HAEMUS) YANG MEMANJANG DARI BARAT-LAUT KE TENGGARA. SELAIN ITU TERDAPAT JUGA LACUS HIEMALIS (TASIK HIEMALIS), KAWAH AUWERS, KAWAH AL-BAKRI, KAWAH MENELAUS SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN. DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT LERENG-LERENG GUNUNG YANG PANJANGNYA HAMPIR 100 KM DI SAMPING TERDAPAT KAWAH JULIUS CAESAR, KAWAH BOSCOVICH, KAWAH MANILIUS SERTA MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM).
DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT SISTEM SALIRAN RIMAE SOSIGENES (SUNGAI SOSIGENES) YANG DIAMBIL SEMPENA KAWAH SOSIGENES YANG BERHAMPIRAN. MANAKALA, DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT RIMAE MACLEAR (SUNGAI MACLEAR) YANG DIAMBIL NAMA DARI KAWAH MACLEAR YANG BERDEKATAN. TERDAPAT JUGA KAWAH ROSS, KAWAH PLINIUS SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH KECIL; SELAIN MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS YANG BERADA DI 'PINTU MASUK' (ENTRANCE) KE SINUS HONORIS.
PEMERHATIAN: SINUS HONORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS HONORIS.
PENGHORMATAN: SINUS HONORIS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.