Monday, April 10, 2017

MENGENALI BULAN

 SINUS CONCORDIAE  (TELUK CONCORDIAE -  BAY OF HARMONY)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS CONCORDIAE TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS CONCORDIAE ADALAH 43.2O TIMUR DAN 10.8O UTARA. SINUS CONCORDIAE BERADA DI PINGGIR MARE FECUNDITATIS.


KELUASAN:   SINUS CONCORDIAE MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 159 km.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS CONCORDIAE TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS CONCORDIAE ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK KEHARMONIAN' (THE BAY OF HARMONY) YANG MERUPAKAN SEBUAH 'TELUK' YANG TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR PINGGIR MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS).


DI BAHAGIAN UTARA IA BERSEMPADAN DENGAN PALUS SOMNI (RAWA SOMNI), SERTA BEBERAPA KAWAH SEPERTI KAWAH LYELL, KAWAH PROCIUS DAN YANG LAIN-LAIN. DI BAHAGIAN BARAT PULA TERDAPAT MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS) SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG KECIL SEPERTI KAWAH CAUCHY, KAWAH HUSSEIN, KAWAH SINAS, DAN KAWAH-KAWAH YANG LAIN.


DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT KAWAH DA VINCI, KAWAH WATTS, KAWAH LAWRENCE, KAWAH ZAHRINGER, KAWAH TARUNTIUS, KAWAH CAMERON, KAWAH SECCHI SERTA MONTES SECCHI (BANJARAN SECCHI). DI SEBELAH TIMUR PULA TERDAPAT MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM), KAWAH GLAISHER, KAWAH TEBBUTT, KAWAH SHAPLEY SERTA BEBERPA KAWAH-KAWAH YANG BERSAIZ KECIL YANG LAIN.


PEMERHATIAN:   SINUS CONCORDIAE TIDAK MEMPUNYAI FORMASI YANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS CONCORDIAE, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, UNTUK PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI, TELESKOP BERKUASA RENDAH AMAT DIGALAKKAN.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS CONCORDIAE.


PENGHORMATAN:   SINUS CONCORDIAE TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DIGUNA PAKAI DI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.



camp.astronomy@gmail.com