Monday, February 13, 2017

MENGENALI BULAN

SINUS AMORIS  (TELUK AMORIS -  BAY OF LOVE)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS AMORIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS AMORIS ADALAH 37.3O TIMUR DAN 19.9O UTARA. IA BERADA DI KAWASAN UTARA MARE TRANQUILLITATIS.


KELUASAN:   SINUS AMORIS MEMPUNYAI KELUASAN 190 km DIAMETER.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS AMORIS TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS AMORIS ADALAH SEBUAH 'TELUK' YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK PENCINTAAN' (THE BAY OF LOVE) YANG MERUPAKAN SEBUAH SAMBUNGAN DARI TIMUR-LAUT KE UTARA PENGHUJUNG MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS).


DI UTARA SINUS AMORIS TERDAPAT PUNCAK-PUNCAK GUNUNG DI BANJARAN MONTES TAURUS (BANJARAN TAURUS), LACUS SOMNIORUM (TASIK SOMNIORUM), KAWAH ROMER, KAWAH KIRCHNOFF, KAWAH POSIDONIUS, KAWAH LE MONNIER SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG BERSAIZ KECIL. DISEBELAH BARAT PULA TERDAPAT MARE SERENITATIS (LAUT SERENITATIS), KAWAH MARALDI, KAWAH CLERKE, KAWAH LITTROW, KAWAH GARDNER, KAWAH VITRUVIUS, SERTA KAWAH-KAWAH KECIL YANG LAIN.


DI BAHAGIAN SELATAN TERDAPAT MARE TRANQUILLITATIS (LAUT TRANQUILLITATIS), PALUS SOMNI (RAWA SOMNI), SINUS CONCORDIAE (TELUK CONCORDIAE), SERTA KAWAH-KAWAH YANG KECIL SEPERTI KAWAH HUSSEIN, KAWAH LUCIAN, KAWAH SINAS DAN LAIN-LAIN LAGI. 
DI BAHAGIAN TIMUR PULA TERDAPAT MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM), LACUS BONITATIS (TASIK BONITATIS), KAWAH MACROBIUS, KAWAH PROCIUS, KAWAH HILL, KAWAH CARMICHAEL SERTA MONTES TAURUS YANG MENGUNJUR ANTARA SINUS AMORIS DENGAN MARE CRISIUM (LAUT CRISIUM).


PEMERHATIAN:   SINUS AMORIS MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI PERTAMA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS AMORIS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA RENDAH AKAN MEMBERIKAN PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI.


PENEROKAAN:   TIADA SEBARANG PENEROKAAN DILAKUKAN DI SINUS AMORIS.


PENGHORMATAN:   SINUS AMORIS TELAH DINAMAKAN DAN DIIFTIRAF OLEH INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) DAN TELAH DIGUNA PAKAI DALAM TATANAMA IAU PADA TAHUN 1976.


camp.astronomy@gmail.com