Monday, January 9, 2017

MENGENALI BULAN

SINUS AESTUUM  (TELUK  AESTUUM -  SEETHING BAY)


KATEGORI:   TELUK (BAY ATAU SINUS)


LOKASI:   SINUS AESTUUM TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT SINUS AESTUUM ADALAH 8.3O BARAT DAN 12.1O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN SELATAN KAWASAN KAWAH ERATHOSTENES.


KELUASAN:   
SINUS AESTUUM MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 320 KM.


ERA PEMBENTUKAN:   SINUS AESTUUM TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:   SINUS AESTUUM ADALAH SEBUAH 'TELUK' (BAY) YANG JUGA DIPANGGIL SEBAGAI 'TELUK MELIHAT SEGALANYA' (THE SEETHING BAY) YANG MERUPAKAN SAMBUNGAN DARI MARE INSULARUM (LAUT INSULARUM) DI SEBELAH TIMUR-LAUT. IA ADALAH SUATU LANSKAP YANG RATA SERTA TIDAK MEMPUNYAI SIFAT YANG MENONJOL DI PERMUKAAN LANTAI SINUS AESTUUM KECUALI BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL SERTA RABUNG BERKERUT (WRINKLE RIDGES).


DI BAHAGIAN UTARA TERDAPAT MONTES APENNINUS RANGE (BANJARAN APENNINUS), MARE IMBRIUM (LAUT IMBRIUM) DAN KAWAH ERATOSTHENES. DI BAHAGIAN BARAT PULA, TERDAPAT KAWAH STADIUS, KAWAH COPERNICUS, KAWAH GAY-LUSSAC SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH YANG LAIN. DI SEBELAH SELATAN TERDAPAT MARE INSULARUM (LAUT INSULARUM), KAWAH SCHROTER, KAWAH GAMBART SERTA BEBERAPA KAWAH-KAWAH BERSAIZ KECIL YANG LAIN. MANAKALA, DI SEBELAH TIMUR YANG MENJADI SEMPADAN DENGAN KAWASAN LAPANG YANG TIDAK TERATUR (IRREGULAR TERRAIN) YANG MENGUNJUR DARI KAWASAN PERGUNUNGAN MONTES APENNINUS (BANJARAN APENNINUS) YANG MEMISAHKAN DARI MARE VAPORUM (LAUT VAPORUM).


PEMERHATIAN:   SINUS AESTUUM MEMPUNAYI FORMASI YANG AGAK MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SEHARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE PHASA SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:   UNTUK MENCERAP SINUS AESTUUM, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN. NAMUN BEGITU, TELESKOP BERKUASA RENDAH DIGALAKKAN UNTUK MENDAPATKAN PENCERAPAN YANG LEBIH TERPERINCI.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI SINUS AESTUUM. 


PENGHORMATAN:   LACUS GAUDII TELAH DINAMAKAN OLEH GIOVANNI BATTISTA RICCIOLI, SEORANG AHLI ASTRONOMI ITALI DALAM TAHUN 1651 APABILA NAMA YANG DIKEMUKAKAN TELAH DITERIMA SEBAGAI NAMA YANG DIIFTIRAF OLEH BADAN DUNIA ASTRONOMI. BELIAU DILAHIRKAN PADA 17hb APRIL, 1598 DI FERRARA, ITALI. PADA 25hb JUN, 1671, BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA DI BOLOGNA, ITALI KETIKA BERUSIA 73 TAHUN. GIOVANNI RICCIOLI TELAH DIKENALI RAMAI SEBAGAI ORANG YANG PERTAMA MENJUMPAI 'BINTANG BERGANDA' (DOUBLE STAR).


camp.astronomy@gmail.com

Friday, January 6, 2017

OBJEK DI LANGIT - SIRI 203

KOMET - SIRI 51

RENUNGAN JUMAAT

"...DAN (INGATLAH) KETIKA MUSA MEMOHON AIR UNTUK KAUMNYA, LALU BERFIRMAN: "PUKULLAH BATU ITU DENGAN TONGKATMU". LALU MEMANCARLAH DARIPADANYA DUA BELAS MATA AIR. SUNGGUH TIAP-TIAP SUKU TELAH MENGETAHUI TEMPAT MINUMNYA (MASING-MASING). MAKAN DAN MINUMLAH REZEKI (YANG DIBERIKAN) ALLAH, DAN JANGANLAH KAMU BERKELIARAN DI MUKA BUMI DENGAN BERBUAT KEROSAKAN. DAN (INGATLAH), KETIKA KAMU BERKATA: "HAI MUSA, KAMI TIDAK BISA SABAR (TAHAN) DENGAN SATU MACAM MAKANAN SAHAJA. SEBAB ITU MOHONKANLAH UNTUK KAMI KEPADA TUHANMU, AGAR DIA MENGELUARKAN BAGI KAMI DARI APA YANG DITUMBUHKAN BUMI, IAITU SAYUR-MAYURNYA, KETIMUNNYA, BAWANG PUTIHNYA, KACANG ADASNYA DAN BAWANG MERAHNYA". MUSA BERKATA: "MAHUKAH KAMU MENGAMBIL SESUATU YANG RENDAH SEBAGAI PENGANTI YANG LEBIH BAIK? PERGILAH KAMU KE SUATU KOTA, PASTI KAMU MEMPEROLEH APA YANG KAMU MINTA". LALU DITIMPAKANLAH KEPADA MEREKA NISTA DAN KEHINAAN, SERTA MEREKA MENDAPAT KEMURKAAN DARI ALLAH. HAL INI (TERJADI) KERANA MEREKA SELALU MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH DAN MEMBUNUH PARA NABI TANPA ALASAN YANG BENAR. DEMIKIAN ITU (TERJADI) KERANA MEREKA SELALU BERBUAT DURHAKA DAN MELAMPAUI BATAS..."

             SURAH AL BAQARAH (SAPI BETINA), JZUK 1, AYAT 60 HINGGA 61