MESSIER 38 / NGC1912
BURUJ: AURIGA
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 05h 28m 42s / +35o 51' 18"
JARAK: 4,200 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +7.4
SAIZ: 21'.0 X 21'.0
KATEGORI: II 2 r
MESSIER 38 ATAU NGC1912 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ AURIGA DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE STARFISH CLUSTER'. SELAIN ITU, M38 / NGC1912 TELAH DISENARAIKAN SEBAGAI 'COR 67' DI DALAM KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PER COLLINDER, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN PADA TAHUN 1931.
M38 / NGC1912 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. SELEPAS ITU, GUILLAUME Le GENTIL TELAH MENEMUKANNYA PADA TAHUN 1749. MANAKALA, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M38 / NGC1912 PADA 25hb SEPTEMBER, 1764 DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 38' KE DALAM SENARAI KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE'. JOHN HERSCHEL MENCERAP M38 / NGC1912 PADA TAHUN 1827. DIIKUTI OLEH WILLIAM HENRY SMYTH PADA BULAN OKTOBER, 1835.