Monday, October 15, 2012

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 34 / NGC1039

 MESSIER 34  /  NGC1039


BURUJ:   PERSEUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   02h 42m 06s  /  +42o 44' 46"

JARAK:   1,500 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +5.5

SAIZ:   35'.0  X  35'.0

KATEGORI:   I 3 m

MESSIER 34 ATAU NGC1039 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ PERSEUS DI HEMISFERA UTARA. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR31' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DISUSUN OLEH PER COLLINDER, SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN, PADA TAHUN 1931.

M34 / NGC1039 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. PADA 25hb OGOS, 1764, CHARLES MESSIER TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN DAN TELAH MEREKODKAN SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 34' KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'. BEGITU JUGA DENGAN JOHANN BODE YANG TELAH MENCERAP M34 / NGC1039 PADA 2hb SEPTEMBER, 1774. 

SELEPAS ITU, WILLIAM HERSCHEL JUGA MENEMUKAN M34 / NGC1039 PADA TAHUN 1783. DIIKUTI OLEH ANAK BELIAU, JOHN HERSCHEL MELAKUKANNYA PADA 29hb OKTOBER, 1828. AKHIR SEKALI, PADA OKTOBER, 1837, WILLIAM HENRY SMYTH JUGA BERJAYA MENCERAP M34 / NGC1039.







camp.astronomy@gmail.com