MESSIER 33 / NGC598
BURUJ: TRIANGULUM
KELAS: GALAKSI BERPUTAR
LOKASI: 01h 33m 50s / +30o 39' 36"
JARAK: 2.73 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +5.27
SAIZ: 70'.8 X 41'.7
KATEGORI: SA(a)cd
MESSIER 33 ATAU NGC598 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ TRIANGULUM DI HEMISFERA UTARA. IA MERUPAKAN GALAKSI KETIGA TERBESAR DI ANTARA AHLI-AHLI DI DALAM KUMPULAN YANG DIPANGGIL 'THE LOCAL GROUP OF GALAXIS' YANG TERDIRI DARIPADA 'THE ANDROMEDA GALAXY', 'THE MILKY WAY GALAXY', SERTA 'THE TRIANGULUM GALAXY' DI DALAM LINGKUNGAN DIAMETER 10 JUTAN TAHUN CAHAYA.
M33 / NGC598 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKANNYA PADA 25hb OGOS, 1764 DAN MEREKODKAN KE DALAM KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE' SEBAGAI OBJEK 'MESSIER 33'. JOHANN BODE PULA TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M33 / NGC598 PADA 15hb OGOS, 1775.
WILLIAM HERSCHEL MELAKUKAN CERAPAN PADA 11hb SEPTEMBER, 1784. MANAKALA, ANAK BELIAU, JOHN HERSCHEL MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M33 / NGC598 PADA 15hb SEPTEMBER, 1828.