Wednesday, October 27, 2010
Buruj Andromeda
Buruj Andromeda digambarkan sebagai seorang Puteri yang dirantai. Banyak mitos yang dikaitkan dengan buruj ini. Buruj ini mempunyai tiga bintang yang bermagnitud kurang daripada +3.00. Ia adalah Alpheratz (Alpha), Mirach (Beta), dan Almaak (Gamma). Selebihnya, bintang-bintang di buruj Andromeda bermagnitud antara +3.00 hingga +6.00. Bintang Alpheratz (atau Sirrah) menandakan kepala (head) puteri dan bintang-bintang yang selebihnya membentuk anggota badan puteri. Buruj Andromeda mempunyai beberapa bintang binari (binary star) termasuk Gamma1 dan Gamma2 , Kappa, Pi, Tau, Phi dan Omega. Buruj Andromeda juga mempunyai bintang variable (variable star) seperti Zeta, Lambda dan Omicron. Banyak 'Deep sky' objek yang terdapat di dalam buruj Andromeda termasuk 'Andromeda Galaksi' atau M31 (ngc224), M32 (ngc221), M110 (ngc205), ngc752, ngc891 dan ngc7662. Bulan yang paling sesuai mencerap/menyaksikan buruj Andromeda adalah pada bulan November antara pukul 8 hingga 9 malam.
Dapatkan DVD tentang buruj-buruj tersebut beserta buku panduan astronomi bernilai serendah RM40.00 untuk beginner level. Hubungi 012-3596350 atau e-mail camp.astronomy@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Wednesday, October 20, 2010
Cerapan malam 19hb Okt. 2010
Pencerapan langit 19/10/2010
Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa membuat cerapan langit pada pagi 20hb Okt. 2010 untuk cerapan matahari. Kelihatan 2 titik 'Sunspots' pada permukaan matahari, tetapi terdapat 4 titik 'sunspot' yang terdapat di permukaan matahari. 2 titik 'sunspot' tersebut terletak satu di sudut atas adan satu lagi di sudut bawah matahari.
Buruj Aquarius
Buruj Aquarius menggambarkan "Pembawa Air". Banyak mitos seperti Babylonia, Greek dan kepercayaan budaya purba (ancient cultures), menggambarkan buruj ini dengan cerita "pembawa air" bagi tuhan atau dewa mereka. Buruj Aquarius mempunyai bintang-bintang yang bermagnitud kurang dari +4 seperti Sadalmelik (Alpha), Sadalsund (Beta), Sadachbia (Gamma) dan Ancha (Theta - bermagnitud +4.2). Bintang-bintang lain di dalam buruj Aquarius bermagnitud lebih +4. Bintang binari (binary stars) buruj Aquarius adalah Zeta1 dan Zeta2 (magnitud 4.4 dan 4.6). Bintang variable (variable star) buruj Aquarius ialah R Aquarii dengan tempoh 386.96 hari dengan magnitud dari 5.8 hingga 12.4. Buruj Aquarius mempunyai 'deep sky objects' yang menarik perhatian seperti M2 (ngc7089), M72 (ngc6981), M73 (ngc6994), ngc7009 (Saturn Nebula) dan ngc7293 (Helix Nebula). Kedua-dua nebula ini amat cantik dan menarik. Bulan untuk melihat buruj Aquarius di atas Zenith ialah pada bulan Jun (pukul 9 malam).
Monday, October 18, 2010
OBJEK DI LANGIT - MESSIER 10 / NGC6254
MESSIER 10 / NGC6254
BURUJ: OPHIUCHUS
KELAS: KLUSTER GLOBULAR
LOKASI: 16h 57m 08s / -04o 05' 58"
JARAK: 14,300 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.6
SAIZ: 20'.0 X 20'.0
MESSIER 10 ATAU NGC6254 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER, AHLI ASTRONOMI BERBANGSA PERANCHIS, PADA 29hb MEI, 1764 DAN MENGGAMBARKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'NEBULA YANG TIDAK MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG'. CHARLES MESSIER TELAH MEREKODKAN NGC6254 SEBAGAI 'MESSIER 10' DALAM SENARAI KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'.
SELAIN MESSIER, M10 / NGC6254 JUGA TELAH DICERAP OLEH JOHANN BODE PADA 14hb OGOS, 1774. MANAKALA, JOHN HERSCHEL PULA MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA 21hb MEI, 1825.
Wednesday, October 13, 2010
Komet Hartley 2
Minggu ini adalah waktu yang terbaik untuk menyaksikan Komet Hartley 2 kerana ketiadaan bulan yang boleh mendatangkan masaalah penglihatan. Pada magnitud 6, ia lebih menarik dicerap dengan menggunakan teropong dengan keadaan langit yang gelap tiada berbulan. Kedudukan Komet Hartley 2 berubah dari minggu lalu ke Buruj Perseus. Dalam minggu ini, ia akan bermagnitud antara 5.3 hingga 7 bergantung kepada keadaan/kegelapan langit. Perhatikan Komet Hartley 2 yang berwarna hijau dan berekor.
Thursday, October 7, 2010
" Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di Bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikanNya tujuh langit! Dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu"
Surah Al-Baqarah ayat 29.
Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan sedalamnya ayat di atas.
KEEP LOOKING UP, SO WE CAN APPRECIATE THOSE ABOVE US
Tarikh - Aktiviti
1hb Bulan melalui peringkat 'Last Quarter' (11:52 pagi)
3hb Bulan berada berhampiran Beehive Cluster M44 (Taurus)
5hb Bulan berhampiran bintang Regulus (5 pagi)
6hb Bulan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi "Perigee" iaitu 359,455km (22 malam)
8hb Bulan baru "new moon" pada 2:45 pagi
10hb Bulan berhampiran Planet Venus (magnitud -4.5) pada 3 pagi
11hb Bulan berada hampir dengan Planet Mars (magnitud +1.5) pada 8 pagi
12hb Bulan berhampiran bintang Antares (Scorpius) (1 pagi)
15hb Bulan melalui peringkat 'suku pertama' (first quarter) (5:28 pagi)
19hb Bulan berada pada jarak paling jauh dari Bumi "Apogee" iaitu 405,428km (2 pagi)
20hb Bulan berhampiran Planet Jupiter (12 tengahari)
21hb Kemuncak "Tahi Bintang Orionid" (Orionid Meteor Shower) menghasilkan tahi
bintang selaju 66km/saat dan 20 tahi bintang dalam sejam. Dihasilkan dari debu-
debu Komet Halley. Saksikan 2 atau 3 jam sebelum matahari terbit.
23hb Bulan purnama "full moon" (9:37pagi)
25hb Bulan berhampiran Pleiades (Taurus) (20 malam)
26hb Bulan berhampiran bintang Aldebaran (14 petang)
29hb Bulan berhampiran bintang Pollux (Gemini) (20 malam)
30hb Bulan melalui peringkat 'last quarter' (20:46 malam)
30hb Bulan berada hampir dengan 'Beehive Cluster M44' (Cancer) (22 malam)
Tuesday, October 5, 2010
Selamat berjumpa lagi. Pada kali ini kita akan cuba mengenali Buruj Orion. Buruj Orion adalah buruj yang menggambarkan seorang Pemburu. Buruj ini sangat senang untuk dikenali kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti tiga bintang berkedudukan sederet. Dalam Islam deretan bintang-bintang ini boleh digunakan untuk menentukan arah Kiblat. Tiga bintang tersebut adalah Mintaka, Alnilam, dan Alnitak yang membentuk tali pinggang di tengah Buruj Orion. Selain daripada tiga bintang tersebut, Buruj Orion juga mempunyai beberapa bintang-bintang yang berkecerahah magnitud kurang dari 2.5 (+2.5) termasuk Betelgeuse (Alpha Ori), Rigel (Beta Ori), Bellatrix (Gamma Ori), dan Saiph (Kappa Ori). Buruj Orion mempunyai bintang 'variable' dan juga bintang binari (binary stars) seperti Theta Ori dan Sigma Ori. Deep sky object yang menarik adalah M42 (Orion Nebula), M43 (ngc1982), M78 (ngc2068), dan paling menarik adalah IC434 yang dikenali 'The Horsehead Nebula' yang berupa kepala kuda. Amat menakjubkan dan menarik ciptaan tuhan.