Monday, June 21, 2010

OBJEK DI LANGIT

MESSIER 6 / NGC6405


BURUJ:   SCORPIUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   17h 40m 21s  /  -32o 13' 15"

JARAK:   1,590 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +4.2

SAIZ:   25'.0  X   25'.0

JENIS:   II 3 r

MESSIER 6 ATAU NGC6405 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCORPIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE BUTTERFLY CLUSTER' OLEH KERANA BENTUK YANG KELIHATAN SEPERTI BENTUK SE EKOR RAMA-RAMA. 

M6 / NGC6405 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI HODIERNA PADA TAHUN 1654. PADA TAHUN 1764, CHARLES MESSIER TELAH MENGKATALOGKAN NGC6405 SEBAGAI 'MESSIER 6'.

M6 / NGC6405 DIKELASKAN SEBAGAI 'II 3 r' DI DALAM 'THE TRUMPLER CLASSIFIED' BAGI KLUSTER TERBUKA. KATEGORI 'II' MENGAMBARKAN BINTANG-BINTANG YANG TERKANDUNG DI DALAM KLUSTER TERSEBUT KELIHATAN KURANG 'KEPADATAN' DI BAHAGIAN 'TENGAH' KLUSTER. INDIKATOR '3' PULA MENGAMBARKAN 'JULAT' YANG BESAR DENGAN JURANG ANTARA BINTANG-BINTANG YANG 'CERAH' DENGAN BAKI BINTANG-BINTANG YANG LAIN YANG KEBANYAKAN 'SAMAR' ATAU 'KABUR'. NAMUN BEGITU, INDIKATOR 'r' PULA MEMBERI GAMBARAN BAHAWA M6 ADALAH SEBUAH KLUSTER YANG MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 100 BINTANG DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.







camp.astronomy@gmail.com